Kerajaan Perpaduan Menguji Perpaduan Dalam PAS

Mursyidul am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan timb. presiden PAS
YB.Ust Nasharuddin. (Gambar dipetik daripada Berita Harian Online)

Respon mursyidul am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kritikan beliau kepada timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berkenaan kerajaan perpaduan seperti mana yang disiarkan kebanyakkan akhbar perdana hari ini, menunjukkan betapa isu pembentukkan kerajaan perpaduan ini boleh memerangkap PAS kekancah perpecahan yang boleh merugikan parti itu sendiri.

Apa sebenarnya keperluan kerajaan perpaduan kepada parti PAS ? Bagi yang mahu melihat idea ini sebagai satu penyelesaian kepada soal perpaduan politik Melayu, apakah perpaduan antara PAS dan UMNO benar-benar boleh menyatukan politik Melayu? Melihat kepada respon dan maklumbalas dikalangan para pemimpin PAS sendiri, kita melihat idea kerajaan perpaduan ini belum cukup untuk menyatukan politik orang Melayu. Ini kerana idea ini tidak mendapat sokongan yang menyeluruh (sekurang-kurangnya pada masa ini) dikalangan pemimpin PAS sendiri. Jadi bagaimana ianya boleh menyatukan politik orang Melayu?

Apa yang perlu sekarang ialah para pemimpin PAS sama ada yang bersetuju atau yang tidak bersetuju dengan idea ini, hendaklah mengambil sikap sabar dan mengambil hikmah daripada perbezaan pendapat yang ada. Percaturan yang lebih tepat ialah dengan membuat keputusan secara kolektif melalui saluran parti. Supaya dengan cara ini, apapun keputusan yang diperolehi nanti, adalah keputusan parti dan perlu diterima oleh semua pihak. Hanya dengan cara ini perpaduan sebenar dapat dicapai. Hingga ketika ini, bentuk kerajaan perpaduan yang dimaksudkan masih kabur dan samar-samar, oleh itu hendaknya biarlah presiden PAS Dato'Hadi terlebih dahulu menjelaskan kerangka kerajaan perpaduan yang sebenar dan bagaimanakah bentuknya.

Dalam konteks perdamaian politik negara, kerajaan perpaduan ini tidak memadai dengan hanya melibatkan PAS dan UMNO. Kerajaan perpaduan jika berjaya dilaksanakan hendaklah meliputi semua pihak iaitu antara BN dan kumpulan Pakatan Rakyat. Maksudnya rundingan dan perbincangan untuk mengujudkan kerajaan perpaduan hendaklah melibatkan semua komponen BN dan parti-parti pembangkang utama, khasnya PAS,PKR dan DAP.Langkah pertama yang harus dilakukan sekarang ialah presiden PAS perlu terlebih dahulu memperincikan apakah bentuk kerajaan perpaduan yang dicadangkan, kemudian idea ini selepas itu perlulah dipersetujui dalam majlis tertinggi parti pas. Selepas itu barulah diadakan perbincangan dikalangan pakatan pembangkang. Kemudiannya barulah dibuat perundingan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Cara begini barulah dilihat lebih teratur dan jika berjaya, ianya mampu mendatangkan maksud 'kerajaan perpaduan' yang lebih komprehensif . Sebelum segala usaha ini, semua pihak dalam PAS hendaklah tenang dan sabar. Semua ini adalah ujian dalam perjuangan dan akhirnya sikap muafakat dan muzakarah akan menyelesaian segala perbezaan pendapat.Pengalaman masa lalu adalah ikhtibar dan pengajara yang berguna. Perpecahan dalam PAS, jika berlaku, bukan saja merugikan parti PAS tetapi ianya akan merumitkan lagi perpecahan politik orang Melayu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...