Isnin, 28 Mei 2012

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...

Ini adalah gambar-gambar lama masyarakat Tatana dari Kuala Penyu, Sabah. Saya paparkan gambar ini untuk tatapan genarsi baru orang Tatana khasnya, bagi mereka sama-sama mengenang dan menghargai asal-usul dan susur galur nenek moyang orang Tatana, yang mana etnik ini hanya terdapat di daerah Kuala Penyu. Latar masa gambar-gambar ini dikatakan sekitar tahun 1950an hinggi 1960an. Terima kasih atas ehsan Cikgu Edward Hunggim kerana mengizinkan saya untuk memaparkan semula gambar ini.

Permainan badminton sudah lama dimainkan oleh kana-kanak orang Tatana.

Gadis-gadis sunti orang Tatana berpakaian moden.

Remaja orang Tatana suatu ketika dulu.

Busana orang Tatana.

Kanak-kanak Tatana sedang menuntut ilmu.

Dimanakah agaknya lokasi gambar ini? Pokok kelapa di belakang sana, menggamit kerinduan kepada zaman silam kita.

Zaman kanak-kanak saya tidak jauh beza daripada mereka ini, anda bagaimana?

'Tumutu',satu cara memproses padi untuk dijadikan beras. Suatu ketika dulu orang Tatana tidak membeli beras kerana mereka rajin menanam padi,sebahagian besarnya padi bukit atau 'berhuma'.

Menunggang kerbau. Orang Tatana menggunakan kerbau untuk membajak sawah. Sebahagian kecil saja untuk dijadikan bahan dagangan atau sebagai sumber makanan. Kerbau juga digunakan untuk pengangkutan iaitu menarik 'guyudan',iaitu cara tradisional menarik atau mengangkut barang-barang seperti rumbia dan padi. Kerbau juga dijadikan sebagai 'hantaran' untuk perkahwinan.

Kerbau digunakan untuk mengangkut barangan. Saya tidak pandai menunggang kerbau.

6 ulasan:

  1. Menarik, tapi satu pun saya tidak kenal, haha

    BalasPadam
  2. Terkenang zaman kanak2 n masa menanam padi sawah kerbau d guna kan tuk meradu or melembutkan tanah2 agar senang menanam padi tpi saya takut ada bnyk lintah bah..ni gambar d mana jua lokasi nye n sape d libon jueh or penulis ni n brasal dr kg mana eak?

    BalasPadam
  3. One of the boy in some of the photos is my dad.

    BalasPadam
  4. Saya pernah tunggang kerbau nama dia "yadai", sama stail mcm dalam gambar itu. Momoguyud do rumbia lagi saya sama bapa

    BalasPadam
  5. tumpang tanya, boleh senaraikan jenis-jenis tarian dusun tatana?

    BalasPadam

Jaringan Prihatin Masyarakat Kuala Penyu (PRIHATIN)

Visi:  Melahirkanv Masyarakt Yang Matang, Sehat Dan Berprestasi Baik Misi: Mengujudkan masyarakat yang bersatupadu Mengujudkan masyara...