Jambatan Tasik Setumpok.

Menurut kepercayaan orang-orang tua masyarakat Tatana, tasik Setumpok didiami oleh sang Tambuakar, seekor ular gergasi yang dipercayai mempunyai kesaktian. Kerana kepercayaan ini mereka sangat menggeruni kawasan tasik Setumpok ini dan tidak pernah akan percaya bahawa akan ada sebarang aktiviti atau binaan berupa jambatan yang boleh dibuat begitu mudah merentasi tasik Setumpok. Tetapi dongeng ini nampaknya sudah berakhir. Sebuah jambatan panjang kini tersergam gagah merentangi tasik Setumpok, memenuhi impian penduduk Kuala Penyu memiliki jambatan yang menghubungkan pekan dengan kampung Palu palu dan Purun.Jambatan ini telah dibuka secara rasmi penggunaannya pada mac 2012 lalu.

Pemandangan tasik setumpok dari atas jambatan sg.Setumpok. 

Ada aktiviti penternakan ikan secara kecil-kecilan di tepi tasik Setumpok. Dulu masyarakat tempatan hanya mengusahakan sangkar 'balat' untuk menangkap udang.

Sekeliling tepi tasik ini diliputi hutan bakau. Diharap pihak kerajaan dapat mempastikan kawasan hutan bakau ini akan sentiasa terpelihara kerana ianya boleh menjadi benteng tsunami.

Atas jambatan.

Dari atas jambatan ini kita dapat melihat keindahan sekitar pekan Kuala Penyu.



Hujung sebelah Palu palu. Kini seberang dan pekan tidak lagi terpisah.
Pemandangan dari sebelah pekan. Lurus dihujung sana adalah horizon kehidupan.


Pekan Kuala Penyu dilihat dari atas jambatan. Sebutir mutiara yang kian bersinar.
Muara tasik Setumpok, dulu pernah sibuk dengan keluar masuk bot nelayan. Kini kehadiran bot-bot nelayan kelihatan berkurangan. Di muara itu juga dipercayai didasarinya ada 'batu penyu' yang melahirkan nama Kuala Penyu. Benar atau tidak,siapa berani untuk menyelami mitos itu?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...