Jerat Kehidupan.

Ketika mata belum mengantuk, sempat menyaksikan sebuah drama Melayu. Tajuknya saya tidak mahu sebutlah tapi kisahnya cukup bagus, sarat dengan sindiran dan pengajaran. Kisahnya bermula dengan seorang isteri yang merayu kebenaran suaminya untuk keluar bekerja dengan alasan bosan duduk di rumah walaupun si suami telah menyediakan segala kemewahannya kepadanya. Rumah besar, kereta dan kemewahan hidup, tetapi si isteri tetap merayu untuk dibenarkan bekerja.

Dengan berat hati, sisuami pun membenarkan . Beberapa hari bekerja, si isteri mula digoda oleh seorang pelanggan lelaki, yang muda, kacak dan mewah. Mula dari saat itu si isteri mula berubah apatah lagi bila si lelaki yang baru dikenali mula menghadiahkan emas, kerata dan kemewahan. Dipendekkan cerita akhirnya si isteri terjerat menjalinkan hubungan sulit dengan si lelaki yang dikenali.

Akhirnya tembelang si isteri pecah jua bila kawan sepejabat si suami terlihat si isteri keluar bermesra dengan si lelaki. Rumahtangga akhirnya menjadi retak. Tetapi si lelaki segara memujuk si isteri supaya meminta cerai saja daripada si suami dan berkahwin dengannya. Si isteri yang sudah mabuk dengan hungungan cinta terlarangnya, akhirnya termakan pujuk. Bukan setakat itu, s isteri telah berkomplot untuk membunuh si suami dengan membubuh racun pada makanan. Si suami akhirnya meninggal dunia dan sungguh sadis bila makanan yang telah diracun itu turut dimakan oleh anak perempuan mereka dan beberapa ketika kemudian anak perempuan juga meinggal dunia.

Kini bebaslah si isteri bersama si lelaki. Si isteri telah cuba menuntut harta peninggalan suami yang bernilai jutaan ringgit tetapi malang harta itu telah diwasiat kepada keluarganya kesemuanya dan meloponglah si isteri durjana itu. Mengetahui hal itu, si lelaki segara memujuk dengan menjanjikan kemewahan yang lebih hebat. sebenarnya si lelaki mempunyai 'planning' tertentu kepada si isteri. Sesuatu yang tidak disedari oleh si isteri yang mabuk cinta. Suatu hari si lelaki telah mengajak si isteri untuk bercuti di luar negara. Si isteri yang bodoh teruja bukan main. Menjalng waktu keberangkatan, si lelaki mula mengatur komplotnya. Tiba-tiba si lelaki meminta si isteri berangkat dulu kerana si lelaki ada urusan yang perlu di selsaikan. Akhirnya tanpa mengsyaki sesuatu setuju bernagkat dulu.. Kesudahannya...? Si isteri telah ditahan pihak berkuasa kerana mengedar dadah dan dijatuhi hukuman sampai gantung oleh mahkamah. Maka berakhirlah episod hidup si isteri dalam drama itu.

Menarik dan penuh pengajaran. Betapa apabila kita tidak mensyukuri sesuatu kemungkinan kita akan kehilangannya. Godaan nafsu dan harta benda akan boleh membinasakan hidup. Betapa apabila halal dan haram tidak diendahkan maka manusia akan mendekatkan dirinya ke pintu neraka. Bagi lelaki, wanita , taktha (kebesaraan) dan kuasa selalu membuatkan mereka rebah..

Ulasan

  1. Salam,

    Sdr. Cikgu Abdul Malek, No.hp Hj.Samin rasanya tidak sesuai saya publish dalam blog ini tetapi saya fikir bagus cikgu sms kepada saya 0138512678 dan saya akan forword no.nya kepada cikgu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...