Air Adalah Kehidupan....

(Telaga-gambar hiasan)

Jam 1.30 petang semalam, ketika saya masih dipejabat, orang rumah saya menghantar pesanan ringkas mengatakan bahawa bakalan air masih terputus. Sebenarnya pagi semalam saya keluar bekerja dengan hanya mandi menggunakan air setengah baldi. Bekalan air terputus daripada subuh lagi, jadi semua penduduk disekitar kediaman saya, berhadapan dengan masalah air sepanjang hari semalam. Bekalan hanya pulih kira-kira jam 5.30 petang.

Saya teringat waktu kecil dulu, dikampung halaman yang jaraknya 120 KM dari sini. Masa itu tidak ada dalam kamus harian kami masalah terputus bakalan air. Air dapat diperolehi secara mudah dan percuma melalui air perigi di bawah bukit sana, hanya perlu menuruni anak bukit kira yang mungkin jauhnya 0.5km saja. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, saya ditemani ibu berlampukan 'pilasut' (lampu minyak tanah yang bersumbu besar ,sumbu diperbuat daripada kain buruk manakala bekas mengisi minyak daripada botol bekas minuman) untuk mandi, jam 5.30 masih gelap benar. Saya perlu berjalan ke sekolah rendah yang jaraknya lebihkurang 4KM, jadi saya perlu bertolak sebelum jam 6.20 pagi.

Kini zaman telah berubah.Saya sudah tidak lagi mandi mengguna air perigi. Malah orang kampung juga sudah jarang yang guna air perigi. Banyak perigi yang dulu berjasa kepada kehidupan orang kampung, kini terbiar sepi, hanya tinggal menjadi tempat pembiakan kodok dan katak. Saya teringat kepada serangkap pantun lama orang kampung yang lebihkurang berbunyi begini; ' tatas apung tatas sedaman, tatas apung tatas sekali, tinggal kampung tinggal halaman, tinggal perigi tempat kumandi. Semuanya kini hanya tinggal menjadi kerinduan.

Sewaktu melangkah masuk ke rumah, ibu mengeluh kerana bekalan air masih belum pulih. Saya hanya melayaninya dengan senyuman sambil meyakinkan dia bahawa bekalan air akan segara pulih sebenatar lagi. Kata ibu, biarlah tiada karan seminggu, jangan tiada air sehari, semua tidak boleh jadi. Aduh, begitulah pentingnya air.Sesuatu yang kita tidak sedari, harga seliter air minuman terawat lebih mahal daripada harga selinter minyak petrol.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...