Catatan PKPD Country Height

Pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia amat mencabar kehidupan manusia. Bukan saja sentiasa terdedah kepada jangkitan virus maut ini tetapi kebebasan dan ekonomi manusia turut menerima kesan teruk. Ratusan ribu malah jutaan orang hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup dan kegiatan ekonomi harian tidak dapat berlangsung dengan lancar. Disana sini orang bergerak secara terhad dan sentiasa dikehendaki memakai pelitup muka.  

Hari ini sudah masuk hari ketiga Kawasan kediaman Country Height berada dalam kawasan PKPD iaitu satu perintah kawalan pergerakan yang sangat menghadkan pergerakan orang ramai. Semua orang dikehendaki berada dalam kediaman masing-mmasinng dalam tempoh dua minggu (16-29 Jun 2021). 

Ini bukan saja sesuatu yang menyukarkan serta menghadirkan situasi kehidupan yang amat tidak selesa malah jauh daripada itu ianya sangat menghimpit kehidupan penduduk kerana tidak dapat keluar bekerja mencari sarahidup. Bagi yang bergaji tetap ianya tidak begitu sukar tetapi keperitan begitu menghimpit kepada mereka yang berpendapatan harian. Namun penduduk tidak mempunya apa-apa pilihan. 

Beginilah penangan PKPD dan Covid19. Kebebasan diragut, kehidupan terhimpit, keselamatan kesihatan sentiasa terancam, manusia berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan. Semoga PKPD ini segara berakhir dan 
Covid19 dapat diredakan.Kehidupan harian rehat,tidur dan makan ini umpama kehidupan dalam penjara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...