Dari 2017 Hingga 2019.....

Alhamdulillah, setelah post terakhir 12 Julai 2017, hari ini kembali lagi untuk meneruskan catatan bebas ini. 12 Julai 2017- 06 Jun 2019, hampir 2 tahun. Dalam jarak masa itu, terlalu banyak peristiwa yang terlepas catat. Kesibukan yang tidak menentu dan pergelutan untuk meneruskan survival kehidupan banyak merampas kesempatanku untuk berkarya. Usia blog ini rupanya supaya melewati 10 tahun, banyak perkara sudah aku catat tetapi banyak juga lagi yang tersisih. Tapi tak mengapa, saudara-saudara boleh menikmati apa yang ada.

Sepanjang 2018, suatu detik yang cukup mencabar dan menghasilkan banyak suka duka dalam hidupku. Pilihanraya Umum Negara yang ke 14 pada 09 Mei 2018, bukan saja mencatatkan sejarah bila kerajaan BN telah tumbang dan digantikan oleh Pakatan Harapan, tetapi aku juga mencatat satu sejarah kecil tentang penglibatan aktifku dalam proses pilihanraya ini. Aku menjadi PENYOKONG kepada borang pencalonan Calon PKR untuk DUN 26 Kuala Penyu Sdr.Dikin Hj.Musah. Meskipun tewas tetapi banyak pengalaman dan keyakinan yang tercipta. Selepas itu, November 2018 aku menyertai pertandingan untuk jawatan kepimpinan Cabang PKR P177 Beaufort. Meskipun tidak berjaya tetapi aku memperolehi bilangan undi yang meyakinkan. Ini semua merupakan pengalaman yang mendewasakan.

Sepanjang 2018 juga mencatatkan peristiwa yang menyedihkan dan tidak masuk akal. Tetapi itulah manusia, kadang-kadang keranan nafsu terlupa dosa dan neraka. Antara Februari 2018 sehingga Julai 2018, tanpa aku sedari, aku dikhianati. Tetapi akhirnya Allah itu mahamelihat, penghianatan akhirnya ketahuan jua. Semua itu biarlah Allah swt saja yang memberi pembalasan. Suatu masa biarkan alam berzakh dan padang Mashyar menjadi perhitungan. Kita relak-relaks saja di posisi, biar Allah membuat kerjaNya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...