Sambutan Mini Pesta Kaamatan 2017, Anjuran Badan Penyelaras PKR DUN Kuala Penyu Bagi Kawasan Kota kinabalu

Donggongon 12 Julai 2017: Badan penyelaraskan PKR DUN Kuala Penyu bagi kawasan Kota Kinabalu, akan mengadakan sambutan Pesta Kaamatan 2017, yang dinamakan Mini Pesta Kaamatan 2017, pada 16 Julai 2017 bertempat di perkarangan kediaman En.Gregory Kual di kampung Mahandoi Jalan NC Monguntung, Penampang. Sambutan ini dianjurkan khas untuk para penduduk Kuala Penyu yang berada atau tinggal di kawasan Kota Kinabalu dan sekitar. Sambutan ini akan berlangsung bermula pada pukul 12 tangahari sehingga pukul 5 petang, dijangkan akan dihadiri oleh pimpinan kanan PKR Negeri Sabah.

Sambutan ini yang dianjurkan dengan ehsan para penyokong dan aktivis PKR DUN Kuala Penyu, dianjurkan melalui badan penyelaras PKR DUN Kuala Penyu bagi Kawasan K.Kinabalu,yang diketuai oleh Sdr.Kimjik Kuntam bersama barisan Ahli Jawatankuasanya yang terdiri daripada Sdr. Ibrahim Musra selaku timbalan ketua penyelaras, Sdr. Muzaffar Libon Jueh selaku setiausaha penyelaras, Sdr. Tony Insiong bendahari, bersama barisan AJK yang lain. Manakala penganjuran sambutan Mini Pesta Kaamatan ini dipengerusikan oleh Sdr.Gregory Kual, salah seorang aktiviti PKR DUN Kuala Penyu, yang menatap di Penampang.

Berhubung perkara ini, penduduk Kuala Penyu yang berada atau tinggal di kawasan Kota Kinabalu dan sekitar seperti Penampang. Papar, Tuaran dan yang berhampiran, tanpa mengira fahaman politik, dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan ini. Semantara itu, bagi persediaan untuk sambutan ini, satu acaran 'bekelupis' akan diadakan di vanue sambutan,pada 15 Julai 2017 bermula pukul 8.30 pagi. Acara 'bekelupis' ini adalah acaran membungkus kalupis iaitu salah satu kueh tradisional penduduk Kuala Penyu khasnya masyarakat Tatana, yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak menggunakan santan kelapa, kemudian dibungkus menggunakan daun silad dan dikukus. Individu yang berminat untuk menyumbang tenaga dialu-alukan hadir untuk membantu.

Ketua Cabang PKR Parlimen Beaufort yang juga Naib Pengerusi MPN PKR Sabah, juga Naib Presiden PKR Kebangsaan, Datuk John Ghani akan bersama-sama dengan pengunjung sepanjang berlangsung sambutan mini pesta Kaamatan ini. Sebarang pertanyaan berkenaan sambutan mini pesta Kaamatan ini boleh menghubungi nombor 0195333177.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...