Catatan Perjalanan Ke Bandar Sandakan...

Melewati satu perjalanan yang jauh memanglah sesuatu yang mendebarkan. Keletihan dan beberapa kepayahan tergambar dalam minda, apatah lagi bila memikirkan sistem jalanraya yang tidak begitu memuaskan. Ditambah pula inilah perjalanan pertamaku ketempat yang ditujukan dengan memandu kenderaan sendiri. Sepuluh tahun dulu aku kesini tetapi dengan menumpang bas. Perjalanan enam jam sesuatu yang meletihkan untuk difikirkan, tetapi aku kuatkan hati untuk melaluinya. Seawal pukul 5 pagi 28 Februari 2017,aku meninggaalkan bandar KK dengan hati yang berbelah bagi, namun fokus untuk sampai ke tempat yang ditujukan. Perjalanan ke Ranau biasa-biasa saja, jarak waktu pemanduan selama dua jam tidak memberi apa-apa kesan, hanya sedikit kerisauan kepada kondisi kenderaanku yang tidak berada pada kesempurnaan yang seratus peratus. Hanya yakin dan tawakal jadi azimat.

Singgah bersarapan pagi di pekan Ranau. Secawan nescafe dan sekeping roti telur,harganya RM4.40, cukuplah untuk mengalas perut dan membekalkan tenaga untuk perjalanan jauh sejauh 227KM ke pantai timur. Jika anda memandu di lebuhraya di semananjung Malaysia, mungkin jarak ini biasa-biasa saja, tetapi untuk jalaraya kami di Sabah, jarak ini sudah cukup mencabar dan memerlukan masa perjalanan sehingga 4 jam. Pukul 8.50am bertolak dari pekan Ranau, dengan berbekal 26 liter petrol (RM60.00), aku mengharapkan satu perjalanan yang lancar dan aku sasarkan untuk sampai di bandar Sandakan dalam masa pemanduan 3 jam. Tempat pertama yang ingin kulewati ialah pekan Telupid. 10 tahun dulu ianya hanya sebuah pekan kecil yang serba kekurangan. Bagaimanapun keadaan pekan ini sekarang. Dalam persempadanan baru kawasan pilihanraya negeri Sabah, jika diluluskan, Telupid bakal menjadi sebuah kawasan DUN yang dikenali DUN Telupid. Ini pastinya sesuatu yang menguntung penduduk telupid.

Ya bagaimana agaknya keadaan Telupid waktu ini ? Sungguh mengkagumkan, Telupid telah jauh membangun berbanding 10 tahun dulu. Kini Telupid telah menjelma menjadi pekan moden yang dilengkapi kedai-kedai dan permis perniagaan pelbagai perkhidmatan. Kelihatan banyak sekali kenderaan di tengah pekan Telupid. Tahniah penduduk Telupid, ini satu rahmat kemajuan untuk anda semua.

Meneruskan perjalanan menujukan ke bandar Sandakan. Kedaan jalanraya tidak memuaskan. Banyak lopak-lopak yang menghalang kenderaan kecil (seperti Saga yang kupandu ini) untuk bergerak laju. Untuk mengelak lopak-lopak ini terpaksalah memandu 60 KMJ kebawah. Barangkali bagi pemandu pacuan 4 roda atau penderaan besar yang lain, lopak-lopak kecil ini tidak memberi kesan tetapi untuk kenderaan yang lebih kecil, keadaan permukaan jalan ini cukup menyesakkan. kerajaan perlu menyelenggara jalanraya ini dengan lebih kerap dan dengan mutu penyelenggaraan yang lebih baik. 50 KM sebelum sampai ke Sandakan tayar belakang sebelah kanan kenderaanku pecah. Terpaksalah aku basah kuyup berhujan untuk membuat penggantian tayar. Pengalaman yang amat mencabar.

12.50 tengahri sampai jua di bandar Sandakan. Wah Sandakan pun sudah jauh berubah berbanding 10 tahun dulu. Sistem jalanraya dalam bandar agak baik. sesuatu yang menarik dalam kawasan bandar Sandakan banyak sekali bulatan (round about, kalau dalam bahasa ibunda aku hehe). Tapi sistem begini nampaknya sangat bagus kerana mampu menyuraikan pergerakan kenderaan dengan lebih cepat dan teratur. Pergerakan kenderaan dalam bandar Sandakan kelihatan begitu teratur, jadi memandu dan bersiar-siar dalam bandar Sandakan menghadirkan pengalaman pemanduan yang menyeronokan. Mungkin kerana bilangan jalan yang ada masih boleh menampung bilangan pengguna jalanraya yang ada. Apapun, tahniah warga Sandakan. Ini antara tempat yang selesa untuk dilawati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...