Catatan Sebelum Ramadhan 2016

Manusia dilahirkan dengan pelbagai keraktor. Nasib juga dijadikan pelbagai. Ada yang berbahagia dan bersenang lenang. Ada pula yang menderita, merempat dan meminta-minta. Ujian dalam kehidupan pun tidak sama. Ada yang diuji dengan kekurangan wang ringgit, ada yang diuji dengan kecacatan tubuh badan, ada yang diuji dengan penyakit berbahaya, ada pula yang diuji dengan kehilangan orang tersayang dan tidak kurang yang diuji dengan hilangan kebahagian dan kasih sayang dalam hidup. Seorang teman bertanya, bagaimana membezakan antara ujian dan pembalasan? Kata seorang ilmuan ugama, jika sesuatu yang menimpa itu menjadikan kita lebih baik, maka itulah ujian untuk mendidik jiwa setiap insan.

Merenung kehidupan setiap insan disekeliling kita, pelbagai macam gelagat dan kerator dapat kita perhatikan. Ada yang nampak baik tapi sebenarnya tidak berguna apa-apa. Ada yang terang-terangan jahat, tetapi dalam waktu tertentu boleh dimanafaatkan dan memberi kebaikkan. Ada yang nampak pemurah dan ada ehsan tetapi sebenarnya kedekut macam nak mati. Ada yang dikatakan 'bakhil' dan tak guna, tetapi sebenarnya orang itu banyak membantu dalam senyap. Ada orang nampak cantik dan peramah, bila kita hampiri, rupanya sombong tak guna. Ada pula muka nampak bengis dan garang, tapi hatinya dan jiwanya manis dan penuh ehsan. Begitulah manusia, kita perlu bijak menyelami, barulah kita dapat mengenali mereka yang disekeliling kita.

Paling besar dalam diri setiap insan ialah nafsu. Benda ini terlalu sukar untuk didiamkan. Ianya sesuatu yang meronta-ronta dan sentiasa ingin perhatian. Nafsu adalah keinginan semulajadi, sentiasa meminta untuk dipenuhi, sedangkan keupayaan dan kemampuan setiap orang terbatas. Selalu terjadi, nafsu lebih besar dari tuannya sendiri. Kerana nafsu, ada orang berpura-pura kaya sedangkan hakikat ianya miskin kedana. Bagi yang dapat mendiamkan nafsu, sekalipun dia kaya, dia selalu berlagak miskin. Ini bagus dan sangat dituntut dan selamat untuk diamalkan. Nafsu adalah sesuatu yang penting dalam hidup tetap perlu sentiasa dikawal dan ditarbiyah. Nafsu yang liar dan tidak terkemudi menyebabkan ramai yang hilang maruah dan menggadai diri. Kesannya amat buruk dan memalukan. Tidak cukup dengan itu, nafsu liar ini juga akan menjerumuskan tuannya ke neraka jahanam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...