05 Jun 2015 Sabah Dilanda Gempa

Pagi jumaat 5 Jun 2015, jam 7.17 Pagi itu tidak berbeza dengan pagi-pagi yang lain. Cuaca yang cerah dengan matahari yang semakin naik, tidak menghadirkan apa-apa tandabencana.Hari itu aku merancang untuk ke Kuala Penyu untuk menjemput ibuku balik dari rumah pakcikku. Seawal am 6 pagi aku telah mempersiapkan kenderaan termasuk menukar tayar dan memeriksa sistem kelengkapan yang lain.

Setelah semua selesai, aku bergegas naik kerumah untuk mandi dan bersiap-siap. Aku mensasarkan untuk sampai di Kuala Penyu paling lewat pada pukul 10.30 Dalam rumah aku men'check' telefon yang tadi sedang aku 'charge'. Aku belek telefon. Tepat jam 7.17 Belum sempat aku bergerak tiba-tiba lantai terasa bergegar diikut dengan 'sliding door' yang berbunyi berkeriut-keriut, menghadirkan perasaan yang panik. Aku sengara membuat andaian bahawa ini pasti gempa bumi. Aku segara mengejut isteri dan anak-anakku untuk segara meninggalkan rumah. Inilah langkah keselamatn yang aku fahami apabila berlaku gempa atau gegeran.

Kami semua segara berlari keluar rumah. Oleh kerana aku tinggal di apartment, dibawah beberapa orang jiran juga telah keluar meninggalkan rumah. Masing-masing panik dan berada dalam keadaan yang amat terkejut. Mujurlah gegeranan segara terhenti dan untuk beberapa saat saja.Anak lelakiku membelek telefon, dan katanya ini adalah gegeran gempa. Semua kami berada dalam ketakutan.

Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama yang begitu menakutkan kerana kejadian ini tidak pernah berlaku sebegini serius sebelum ini.  05 Jun 2015, Sabah dilanda gempa dengan kekuatan skala rektor 5.9. Ianya berpusat di Ranau, tetapi kesan gegeran dirasai dengan begitu kuat dikawasan sekitar terutama Tuaran, KK, K.Belud, Penampang, Papar dan lain-lain daerah. Sehingga catatan ini ditulis,Ranau telah mengalami lebih 100 gempa susulan yang lemah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...