Kejatuhan Bukan Pengakhiran..

"Kita semua mempunyai sejarah hidup yg berbeza ..Sejarah hidup selalunya menjadi sandaran kepada kita untuk meneruskan hidup yg sementara ini . Ada yg mempunyai sejarah hidup yg baik ada yang tidak .Ada yang bergelumang dengan dosa dan menjadi cacian masyarakat. Ada yg terpaksa keluar dari kampung. Ada yang berhempas pulas mencari sesuap nasi.
 
Tinggalkan sejarah silam dan biarkan ianya kekal menjadi sejarah. Bangkit dengan minda yang positif , taqwa dan keimanan, kerana kita perlu bersetuju yang setiap manusia mempunyai hak untuk diberi peluang kedua , ketiga ,keempat atau selagi hayat dikandung badan .Takkan lah kita hendak menghukum mereka ini sedangkan ALLAH SWT telah lama memaafkan mereka."
 
Catatan ini saya petik daripada seorang insan yang pernah jatuh tersungkur dalam perjalanan hidupnya. Namun kerana percaya bahawa kejatuhan itu bukan jalan pengakhiran, hari ini beliau telah berdiri kembali dengan lebih hebatlah. Begitulah hikmahnya bila kita tidak pernah berhenti berharap dan berusaha. Sebenarnya saat kejatuhan seseorang bukanlah pada ketika dia jatuh tetapi saat kejatuhan itu ialah pada ketika dia tidak tahu bagaimana untuk banguna semula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...