Selamat Hari Malaysia Ke 51 Dari Daerahku Kuala Penyu

Lama tidak kemaskini blog ini. Kesimbukan kerja dan komitmen yang lain, sangat membataskan waktu untuk 'upload' dan tulis sesuatu dalam blog ini. Apapun untuk tatapan anda semua, saya persembahkan sedikit coretan dari daerah nostalgia tercinta.
Ini muara sungai Setumpok. Orang-orang Tatana iaitu salah satu daripada tiga etnik utama yang mendiami Kuala Penyu,memanggil sungai Setumpok sebagai 'Lubok', yang bermaksud tasik. Menurut kepercayaan genarasi lama orang Tatana, disungai ini terdapat 'tambuakar' iaitu seeokor ular raksasa yang mempunyai kuasa sakti, mendiaminya
Pemandangan dari atas jambatan Setumpok,pekan Kuala Penyu. Kelihatan masjid daerah K.Penyu. Masjid ini dibina atas bukit bekas tapak rumah pegawai daerah zaman penjajah dulu.
Kuala Penyu sudah ada kedai 'one stop', memeri kemudahan kepada penduduk kampong untuk mendapatkan perkakas keperluan rumah tanpa perlu berkunjung ke pecan Beaufort kira-kira 38KM dari ini.
Agro Bank pun sudah ada, jadi boleh ambil gaji atau kelaurkan duit dari sini.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...