PKR Sabah Hampir Lumpuh ?

PKR Sabah hampir lumpuh,kata PM Datuk Seri Najib, seperti yang disiarkan oleh Harian Ekspres 27 November 2013,berikutan tindakan keluar parti pemimpin dari 11 Cabang PKR Sabah. Mereka yang keluar parti seperti yang dilaporkan oleh DE 27 Nov. ini terdiri daripada KC Kudat Akhmain Sabtu, KC Kota Marudu Anthony Mandiau, KC Silam Juhani Abdul Halim, KC Kalabakan Mohd.Jun, KC Kinabatangan Musapha Tambuyung, KC Semporna Lokman Ureh, KC Sepanggar Timothy Lim, KC Pensiangan Apandy Sipin dan KC Datu Sapi Aris Remegius. Turun dilaporkan keluar parti ialah timbalan Ketua Cabang K.Marudu Angki Addek, ketua penerangan Cabang K.Belud Soloh Yuna. Dikatakan juga wakil Beluran turut keluar parti tetapi tidak hadir dalam majlis pengumuman yang diadakan dihadapan Datuk Najib ini.

Disebalik pengumuman dan pengistihyiran keluar parti ini, Ketua MPN PKR Sabah Datuk Lajim Okin tampil membuat ulasan dalam Harian ekspres 28 November 2013 dengan menyifatkan tindakan mereka yang dikatakan keluar parti ini sebagai tidak menjejaskan perjuangan PKR Sabah. Datuk Lajim dikatakan menyangkal laporan mengatakan terdapat 11 pimpinan utama cabang PKR Sabah menyertai BN. Beliau dipetik sebagai berkata bahawa pada realitinya hanya lapan orang sahaja yang terlibat dalam tindakan keluar parti ini dan sebahagian besar bukan ketua cabang seperti yang dilaporkan. Menurut Datuk Lajim hanya tiga daripada lapan itu adalah ketua cabang iaitu Mustapha Tambuyung,Anthony Mandiau dan Juhari Abdul Halim, manakala yang lain adalah pemangku ketua cabang. Lokman Ureh kata Datuk Lajim bukan lagi ketua cabang Semporna PKR kerana telah lama digantung daripada jawatan itu dan jawatan KC Semporna dipangku oleh timbalan KC.Bersama-sama berita ulasan daripada Datuk Lajim ini turut dipetik berkenaan KC Pensiangan yang sebelum ini turut dikatakan dalam senarai keluar parti, menafikan beliau keluar parti dan menyatakan rasa terkejut dengan berita itu.

Benarkah PKR Sabah hampir lumpuh dengan peristihyaran keluar parti beramai-ramai ini? Saya fikir Datuk Najib pun tidak percaya bahawa tindakan keluar parti beberapa pemimpin akan menyebabkan lumpuhnya sesebuah parti tetapi ulasan beliau yang sedemikian hanyalah merupakan satu bentuk provokasi untuk melemahkan moral dan semangat para pendokong dan penyokong PKR khasnya di Sabah. Mana mungkin sebuah parti yang mendapat sokongan kuat rakyat boleh lumpuh atau hampir lumpuh dengan tindakan keluar parti sebilangan pemimpin. Jika benar tindakan keluar parti pemimpin akan menyebabkan sebuah parti akan lumpuh atau hampir lumpuh, sudah tentu PBS sudah tidak lagi bermaya dalam politik Sabah setelah selepas kejatuhannya pada tahun 1994 menyaksikan sebahagian besar pemimpin utama parti meninggalkan parti itu. Ternyata PBS tetap gagah hingga kehari ini dan kekal sebagai komponen tempatan yang terbesar dalam BN Sabah.

Berkenaan tindakan keluar parti dikalangan pemimpin dan individu PKR yang disenaraikan itu, semuanya adalah perkara biasa dalam politik. Sistem demokrasi memberi kebebasan kepada sesiapa saja untuk bertukar-tukar parti. Inilah adalah dan kebebsan politik yang dijamin dalam sistem dan perlembagaan kita. Cuma saja seperkara yang menyedihkan dan tidak adil kepada pengundi ialah bilamana seseorang pemimpin itu bertindak keluar parti setelah menang kerusi dalam pilihanraya. Sekalipun tindakan itu sah disisi perlembagaan dan demokrasi tetapi ianya amat tidak adil kepada penyokong parti yang mengundi mereka atas dasar sokongan kepada parti dan mereka itu telah dipilih oleh parti mewakili parti. Bagi kita di Sabah, resmi keluar parti ini  atau lebih popular dengan istilah 'lompat parti' merupakan fenomena lama yang masih belum berkesudahan. Tiada apa yang dapat menyekatnya kerana ini dikatakan hak dan kebebasan dalam demokrasi sekalipun pahit kepada rakyat yang mengundi menyokong parti. Hanya yang mampu kita harapkan, angkatan muda dalam politik dapat merubah dan melenyapkan fenomena 'lompat parti' ini. Setakat hari ini, selepas daripada PRU13 lalu, hanya tiga ADUN yang mengisthiyarkan keluar parti dan menjadi 'bebas' yang menyokong pihak lawan mereka dalam PRU13 lalu. Dr.Hiew (Luyang) dan Datuk Jelani (Matunggong) adalah orang lama dalam politik Sabah. Jeremeh Malajad (Kedamaian) adalah orang baru dan wakil rakyat muda, kerana itu agak sayang sekali beliau turut meletakkan diri beliau dalam senarai wakil rakyat yang meninggalkan parti asal yang memilih beliau untuk bertanding sehingga menang pilihanraya dan menjadi ahli yang berhormat. Jadi beliau mengeciwakan harapan kita untuk melihat tranformasi orang baru dalam politik Sabah.

Disebalik cerita keluar parti ini. Tentukan begitu istimewa sehingga Datuk Najib sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis perinstihyiaran keluar parti ini. Tindak mudah untuk difahami mengapa Sabah kini begitu mendapat perhatian kepimpinan pusat BN khasnya UMNO. Sabah masih satu-satunya kubu kuat BN/UMNO. Sabah satu-satunya 'negeri UMNO' yang masih utuh setelah Johor,Melaka,Pahang dan Negeri Sembilan semakin goyang dan sokongan terhadap PAS dan PKR di negeri-negeri berkenaan semakin meningkat.Sabah dan Sarawak kini sudah tentu amat penting untuk BN kerana kedua-dua negeri ini merupakan harapan terakhir BN untuk terus menguasai tampuk pemerintahan negara. PRU14 adalah ujian getir seterusnya bagi BN dan UMNO, andai pembangkang semakin berkembang dan mendapat sokongan yang semakin bertambah di Sabah dan Sarawak ini,ianya sudah tentu satu petanda yang tidak baik untuk BN/UMNO. Dan saya fikir kerana inilah berita keluar parti beberapa pemimpin tempatan PKR Sabah menjadi begitu gempak dan sangat bermakna untuk BN dan UMNO.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...