'Chicagoo' Di Tanahairku......

Jika saya katakan gambar-gambar ini adalah di 'Chicagoo',sudah tentu anda membayangkan ini satu tempat di US. Sebenarnya ini adalah 'Chicagoo' di Kg Rampaan Ulu Kota Belud atau lebih tepat terletak di kuala sungai Rampayan. Saya rakamkan gambar-gambar ini untuk kita sama-sama menikmati keindahannya. Jika ada kelapangan boleh datang 'piknik' sini sambil memancing.
 
 Pemandangan kuala sungai Rampayan.Ini adalah jalan kelaur ke Laut Cina Selatan.
 
 Ini adalah hilir sungai yang akan menghilir hingga ke Pendasan. Disebutkan bahawa pada era kerajaan Pendasan dulu, disinilah perahu-perahu dagang mudik  menghantar barang dagangan ke Pendasan.
 Ada keluarga sedang beriadah.
 Ini kawasan kebun arwah bapa mertua saya. Sudah menjadi semak semanjak arwah sudah tiada.
 Ada pondok buruk tempat arwah selalu berehat. Dahulu saban hari arwah gemar menghabiskan masa disini.
 Di sebelah sana adalah Kg.Rampayan Laut atau dikenali 'Minangah' oleh penduduk sini.

 Minangah jauh di seberang sana. Di sebelah sini 'Raya' atau nama rasminya Rampayan Ulu.
 Dibawah adalah gambar kenderaan seorang pengunjung yang sekali sekala datang berkunjung ke sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...