Sedikit Catatan: Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, 2013.

Seperti biasa pada 30&31 Mei setiap tahun, Hongkod Koisaan di Penampang menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung. 30&31 adalah kemuncak bagi sambutan Pesta Kaamatan di Sabah dan Hongkod Koisaan (Kawasan bangunana KDCA) menjadi tapak sambutan yang tetap. Seperti tahun-tahun yang sudah, saya mengambil kesempatan untuk turut serta berkunjung ke sini untuk menyaksikan kemeriahan sambutan pesta yang diraikan setiap tahun ini. Meskipun tiada nampak pembaharuan kepada acara dalam sambutan ini berbanding penganjuran pada tahun-tahun yang lalu tetapi rasanya menjadi satu kerugian kalau tidak meluangkan sedikit waktu melawat ke tapak-tapak pameran dan rumah budaya yang ada disitu.

Bagi anda yang tidak berkesempatan datang, saya muatkan beberapa rakaman yang sempat saya ambil semasa berkunjung pada tahun ini. Kepada penganjur, saya catatkan beberapa komen untuk diberi perhatian supaya dapat diambilkira pada penganjuran tahun akan datang.

 Bertagunggu (memukul gong) daripada etnik Tatana Kuala Penyu. Sesuatu yang tepat apabila pemainnya adalah dari kalangan genarasi muda. Ini dapat menjamin kelangsungan irama budaya ini.

 Baloi Tatana (baloi adalah rumah:dalam bahasa etnik Tatana) Setiap tahun menjadi tumpuan saya. Tetapi sedikit sayang apabila penganjur (penyelaras)baloi Tatana ini kurang berjaya mengoptimakan kemudahan dan peluang ini untuk mempromosi budaya dan tradisi orang Tatana. Pesta Kaamatan sepatutnya selain daripada ada tari menari, boleh juga disertakan pameran hasil pertanian orang Tatana, khasnya peralatan menanam dan menuai padi tradisional orang Tatana. Mengapa tidak diadakan demonstrasi membuat sagu sedangkan di K.Penyu setiap tahun ada pesta rumbia?
 
 Rumah Ranau

 Persembahan tarian tradisional masyarakat Murut.
 
 Gadis-gadis Tambanuo dengan pakaian tradisional mereka.
 
 Persembahan kulintangan daripada etnik Bisaya dari Beaufort.
 
 Gadis-gadis Bisaya dengan pakaian tradisional mereka.
 
 Walai Bisaya dengan 'banner' memaparkan wajah Datuk Lajim selaku pemimpin 'Janang Gayuh'orang Bisaya.
 




Beberapa paparan di atas menunjukkan terlalu banyak 'kanopy' untuk aktiviti perniagaan. Kehadiran terlalu banyak aktiviti perniagaan sedikit menyesakkan ruang untuk pelawat. Penganjur pada masa akan datang perlu meletakkan ruang 'berjual-beli' ini pada suatu sudut yang khas supaya tidak menyesakkan di ruang pameran dan lawatan rumah budaya.

(Nota: Anda yang dari luar Sabah yang ingin berkunjung ke pesta Kaamatan pada tahun akan datang, bolehlah berhubung dengan saya untuk sebarang bantuan dan informasi.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...