DUN KP: Pengundi Tatana Tolak BN ?

apa masalah ni pengundi tatana?....
sering menolak calon2 dari suku kaum tatana sendiri.....

YB.Limus Jury, Kalah di 3 dari pada 4 kawasan PDM majoriti Tatana. Kita berpendapat kekalahan itu bukan kerana beliau ditolak oleh orang Tatana sendiri sebaliknya penolakan kepada parti yang diwakili beliau..

Komen di atas yang saya petik daripada posting disebuah lama sosial, memanggil saya untuk menghurai sedikit mengenai sentiment pengundi Tatatana di DUN K.Penyu, pada PRU13, mengikut pandangan dan persepsi saya. Sebelum saya teruskan, saya betulkan 'statement' 'menolak calon2 dari suku kaum Tatana sendiri..' ini. Komen ini seharusnya diperjelas iaitu dengan menyatakan atau menambah..'menolak calon2 dari suku kaum Tatana sendiri yang mewakili BN.'

 Kekalahan calon BN di 3 daripada 4 PDM kawasan majoriti pengundi Tatana, tidak boleh dijadikan asas untuk menilai bahawa orang Tatana menolak calon Tatana kerana sentiment sebenarnya ialah soal kepartian iaitu mereka memilih untuk tidak mengundi BN. Lagipun seperti yang saya katakana awal-awal tadi, calon PKR juga orang Tatana. Saya percaya sekalipun calon yang diletakkan mewakili PKR di 3 PDM ini adalah dari kalangan bukan Tatana, BN akan tetap kalah juga. Orang Tatana sebenarya tidak perkauman sebaliknya lebih dipengaruhi sentiment kepartian. Mengapa 3 PDM kawasan Tatana ini tidak memenangkan YB Limus, jawabannya bukan kerana tidak mahu sokong YB Limus, bukan kerana tidak mahu sokong calon Tatana, tetapi mereka (pengundi Tatana) tidak mahu memenangkan BN di K.Penyu.

Mengapa 3 PDM kawasan Tatana ini menolak BN? Kawsan-kawasan ini boleh dikategori sebagai kawasan 'bandar'. Kalau di semananjung boleh dikira macam KL lah, atau kalau di Sabah macam KK lah. Kebanyakkan pengundinya datang daripada pengundi muda yang lebih 'educated',yang mempunyai penilaian yang lebih kritis dan terbuka, memahami segala keadaan dan situasi. Rata-rata mereka menghargai dan mengkagumi Limus sebagai seorang tokoh perniagaan yang berjaya, tetapi dalam masa yang sama mereka berpendapat sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya sudah tentu Limus mempunyai tugas dan kesibukan dalam urusan perniagaan beliau, yang mereka bimbangi akan tidak begitu menyediakan ruang masa kepada Limus untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat, dengan lebih komited. Mereka bimbang Limus tidak punya cukup masa untuk berdamping dengan rakyat K.Penyu. Kebimbangan dan persepsi seperti ini telah mendasari pertimbangan mereka.

Faktor calon juga satu sebab mengapa Limus kalah di 3 PDM yang dimaksudkan. Penampilan Datuk John, hubungan beliau dengan 'grassrot' amat sukar untuk para pengundi untuk tidak mengundi beliau. Datuk John terlalu dekat dengan mereka, semangat setiakawan dan nilai kekeluargaan dianggap lebih mahal berbanding janji-janji pembangunan dan kesenangan hidup yang lain. Ketika sakit, kahwin, ada kematian, kesusahan dan dalam apa saja keadaan, Datuk John selalu ada disamping mereka memberi sokongan dan bantuan. Sentuhan seperti ini amat sukar dilupakan begitu saja. Datuk john adalah pemimpin mereka, bukan saja dikalangan orang Tatana tetapi juga dikalangan semua etnik di sini. Datuk John sudah diangkat sebagai 'pemimpin rakyat'.

Penolakan kepada BN adalah punca utama mengapa Limus kalah di 3 kawasan PDM ini. Sekian lama K.Penyu dibelanggu masalah pembangunan, masalah bekalan air, letrik yang selalu terputus, kekurangan peluang pekerjaan dan lain-lain kekurangan menyebabkan pengundi disini seperti sudah tiada kepercayaan kepada segala 'akujanji' yang dibawa. Bagi mereka semuanya sama saja dan tiada keperluan untuk memilih BN. Isu-isu nasional sangat laku di kawasan ini dan telah mempengaruhi sentiment pengundi. Apabila PR menguar-uar akan keupayaan mereka untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU13, keyakinan ini telah menarik kepercayaan pengundi disini untuk memilih calon PKR. Mereka yakin peluang menumbangkan BN tetap ada, tambahan pula sentiment pengundi di semananjung jelas terpampang di media-media sosial. Mereka percaya PR akan memerintah, jadi mereka tidak mengundi untuk menjadi pembangkang tetapi mereka mengundi untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru. Sekalian lama para pengundi mengalami 'penderitaan' masalah kekuarangan bekalan air dan letrik yang terputus-putus, serba sedikit menyebabkan mereka tidak lagi yakin kepada 'akujanji'yang baru ini.

Apakah BR1M tidak memberi kesan? Seperti kempen pembangkang, ada duit ambil, undi bagi kami. Tiada kesan meluas, kerana RM500  setahun tidak dapat menampung kos bebanan sarahidup yang melambung, harga barang makanan yang meningkat naik. Semua fakta yang saya tuliskan ini adalah persepsi saya setelah mendekati dan mendengar daripada denyut rasa orang Tatana. Jadi jangan lah ada mana-mana individu yang mempersoal 'apa masalah orang Tatana kerana tidak menyokong calon-calon orang Tatana sendiri' . Perkara sebenar ialah di PDM yang kalah ini, pengundi Tatanan menolak BN dan pendirian seperti ini adalah hak individu yang halal dan sah dalam sistem demokrasi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...