Kuala Penyu Bakal 'Panas'.

Isnin 11 Februari 2013 sempat ronda-ronda sekitar tanahairku KP. Walaupun hanya beberapa jam saja tapi mampu juga ronda-ronda sekitar Kg.Batu Linting, Mansud, Tempurong hingga Sawangan. Jaraknya agak jauh juga tetapi oleh kerana jalanrayanya aspal maka perjalanan sekejap saja. Jalan aspal menyelusuri seluruh pelosok kampung, inilah kenikmatan dan kejayaan penduduk KP yang bijaksana. 2004-2008, KP diwakili oleh ADUN Bebas Datuk John Ganie, tetapi tetap menampah kemajuan. Saya fikir ini satu keistimewaan bagi penduduk KP. Berani buat pilihan yang menentang arus, tetapi tidak pernah terpinggir dan dipinggirkan.

Oh ya,KP mempunyai kawasan pinggir pantai yang panjang dan indah. Singgah mengisi perut di warung tepi pantai di Tempurong, selain makanan yang sedap, suasana nyaman pinggir pantai menjadikan apa yang dinikmati bertambah sedap. Harga pun sangat murah dan amat berbaloi. Saya cadangkan jika anda berkunjung ke KP datanglah makan di gerai Kg.Tempurong. 

Bersembang soal politik dengan abang pemilik gerai, katanya KP ni 'panas'. Memang panas kerana KP bakal menjadi medan pertembungan antara BN dan PR pada PRU nanti. KP juga terletak dalam parlimen Beaufort yang diwakili oleh Datuk Lajim Ukin yang baru saja meninggalkan UMNO BN. Pastinya pertarungan di KP pada PRU nanti memang sengit. Khabar yang mutakhir, PR bakal diwakili oleh mantan ADUN Bebas dulu, Datuk John. Pengaruh dan populariti beliau memang tidak dapat disangkal lagi, seorang pemimpin veteren yang mempunyai sokongan akar umbi. Beliau bakal menentang wakil BN dari UPKO,antara nama yang diramal, ADUN sekarang YB John Teo, mantan ADUN Datuk Wences, Sdr.Lukman Sunggim, Drs Monih Epin, Sdr.Fred Penggu dan seorang tokoh korporat tempatan Sdr.Limus Jury. Saya tanya, siapa yang lebih berpeluang? Nampaknya 60% memihak kepada Datuk John dari PR. Apapun politik ini kadangkala memberi keputusan yang sukar diramal. Parti Star juga diramalkan akan meletak calon di KP. Jadi memang KP bakal 'panas'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...