Blog ini Menyokong Pelaksanaan AES

AES tetap diteruskan - Solah 

Kita menyokong perlaksanaan AES ini memandangkan memang benar bahawa sebahagian besar kemalangan jalanraya di negara kita ini berpunca daripada memandu laju dan melanggar peraturan. Amat menyedihkan bahawa mereka yang melanggar peraturan seperti memandu melebihi had laju yang ditetapkan, apabila terlibat dalam kemalangan,mereka buka saja mengorbankan nayawa sendiri tetapi dalam banyak keadaan dan kejadian akan turut mengakibatkan korban nyawa kepada pengguna jalanraya yang lain. Bukankah ini sesuatu yang tidak adil? Jadi kita fikir dalam soal AES ini, kita perlu menyokong. Tiada sebab untuk membantah. Jika ada pun kelemahan daripada aspek pelaksanaannya, itu kita fikir boleh diperbaiki. Persoalan utamanya ialah kita jangan membantah secara total pelaksanaan AES ini.
 
Jika kita memandu mengikut peraturan, mengikuti had laju yang ditetapkan, tidak melanggar lampu isyarat dan semua peraturan yang ditetapkan, apakah asasnya untuk kita gusar dan tidak senang dengan AES? Jika ada persoalan lain disebalik pemasangan dan pengendalian AES ini maka itu satu soal yang lain, perlu disuarakan mengikut cara yang lain, bukan dengan cara desakkan supaya AES dihentikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...