Kuala Penyu, Daerah Kelahiran..

Kuala Penyu buat pertama kalinya akan menjadi tuan rumah bagi acara pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah bagi tahun 2012 ini. Acara pelancaran sambutan ini akan dilangsungkan pada 01 Mei 2012 bertempat di pekan Kuala Penyu. Tentunya pekan KP akan lebih meriah, lebih-lebih lagi dengan adanya jambatan sungai Setumpok yang mana pembukannya akan memudahkan lagi para pengunjung untuk datang keKP.  Datanglah ke KP untuk menyaksikan keindahan daerah tercinta ini disamping menikmati keramahan penduduknya yang terdiri daripada kaum Tatana, Bisaya dan Brunei. KP menyimpan banyak khazanah alam yang mendamaikan. 
Gambar di atas adalah Batu Luang. Dahulunya tempat ini adalah sebuah gua batu tepi pantai. Penduduk tempatan dahulu kala mempercayai tempat ini mempunyai penunggu dan percaya bahawa disini terdapat gua batu yang didalamnya tersimpan harta karun yang bernilai tinggi. Namun hari ini apabila tempat ini telah diruntuhkan untuk kerja-kerja pembinaan jalanraya, ternyata tiada sebarang gua batu seperti yang dinyatakan itu. Namun begitu agak menghairankan, mengapa dua rebung tanah ini gagal diruntuhkan oleh jentera moden yang digunakan meruntuhkan kawasan sekelilingnya? Istimewa, pokok kayu ara yang tumbuh di atas rebung tanah ini tetap utuh dan hidup subur walapun tumbuh atas batu. 30 tahun dulu ketika saya masih kecil dan pernah melewati kawasan ini beberapa kali, pokok kayu ara ini telah pun ada dan kekal sampai hari ini.

Deretan kedai baru yang telah dibina oleh pemilik  kedai asalnya yang mana bangunan lamamnya telah musnah dalam kebakaran puluhan tahun dulu.

Deretan kedai lama yang masih bertahan. Usianya sudah mencapai 100 tahun. Sebaiknya bangunan ini perlu diwartakan sebagai bangunan peninggalan sejarah.

Padang bola pekan KP. 25 tahun dulu, disinilah saya selalu datang menyaksikan perlawanan bola sepak tempatan. Waktu itu KP aktif dengan kejohanan bola sepak.

Feri KP yang beroperasi menyebarangi sungai setumpok .Sekarang feri ini hanya tinggal kenangan  setelah 20 tahun menabur bakti kepada penduduk KP.

(anda yang ingin berkunjung ke sini,saya boleh membawa anda datang ke sini dengan kos yang releven,boleh hubungi saya bila-bila.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...