Panginaman ! Panginaman !!!

Panginaman ! Panginaman ! Panginaman ! Kebosanan menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki terusik oleh kelucuan gelagat 'band boys' yang sedang menguji 'sound system' mereka. Pengantin yang kononnya akan tiba pada jam 2 petang, rupa-rupanya hanya akan sampai pada jam 5 petang. Inilah satu kelainan yang saya lihat di daerah Pitas, bilama acara persandingan hanya akan bermula pada jam 4 hingga 5 petang. kalau ditempat saya dan tempat-tempat lain yang pernah saya kunjungi, acara persandingan berlangsung paling lewat pada jam 2 petang. Bagaimanapun inilah salah satu kepelbagaian cara dan budaya yang ada di Sabah, banyak berjalan, banyaklah yang akan kita tahu.


Panginaman ! Saya tertarik bukan sekadar kerana kelucuan dan keramahan pengacara 'band boys' ini tetapi saya lebih tertarik dengan bahasa itu. Saya dengar dan perhatikan setiap perkataan yang mereka tuturkan, ada banyak persamaan dengan bahasa ibunda saya. Perkataan 'panginaman'yang dituturkan dalam bahasa Tambanuo ini, adalah perkataan yang turut digunakan dalam bahasa sukukaum saya. Perkataan ini membawa maksud 'cuba' atau 'percubaan'. Sebenarnya ada banyak perkataan lagi yang mempunyai versi yang sama. Di kampung Telaga Pitas, saya mendengar banyak lagi perkataan yang ada persamaan dengan bahasa ibunda saya, yang dituturkan sama oleh sukukaum Sungai. Antaranya perkataan 'muli' bermaksud pulang, 'sayud' bermaksud tersandung dan beberapa perkataan lagi yang tidak sempat saya catat.


Saya pernah bertanya kepada seorang rakan tentang persamaan-persamaan ini. Rakan tersebut mengingatkan saya betapa sebenarnya kita ini berasal daripada rumpun yang sama dan tinggal pun sebenarnya tidaklah terpisah jauh. Hanya masalah perhubungan yang memperlihatkan seolah-olah kita ini terpisah jauh. Mungkin betul, kerana jarak antara Kuala Penyu dan Pitas hanya lebihkurang 350KM. Di Kota Belub, saya mendengar orang Irranun menyebut perkataan 'likud' yang bermaksud belakang. Dalam bahasa Tatana, 'lukud' juga bermaksud belakang. Orang Tatana memanggil saudara lelakinya dengan panggilan 'kaka', begitu juga dengan orang Irranun, mereka memanggil 'kaka' untuk saudara tua lelaki, membawa maksud 'abang'. Jarak Kuala Penyu dengan K.Belud hanya lebihkurang 200Km. Oh rupanya kita dekat saja ! Panginaman !!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...