PERJALANAN DAN HIKMAH

Tiap-tiap sesuatu yang berlaku, semuanya membawa hikmah tertentu. Sama ada yang manis ataupun yang pahit, suka atau duka dan apa saja rasa, semuanya membawa mesej tertentu, hanya kita perlu sabar dan takwa menerimanya. Kerana itu, hari ini saya kembali memulakan perjalanan ke Labuan. Dalam situasi yang baru, saya memulakan perjalanan dengan rasa yang berbaur keinsafan dan pasrah.


Pukul 9.35 am tiba dipekan Menumbok, Saya meletakkan kenderaan dihadapan sebuah bengkel, membiarkan isteri dan ibu saya menunggu dalam kereta semantara saya bergegas menguruskan urusan 'check-in'. Tidak diduga, tindakan saya meletakkan kereta didepan bengkel itu tidak disenangi oleh pemilik bengkel. " cantik parking",wanita pemilik bengkel menyindir isteri saya yang berada dalam kereta. Walaupun cuba meyakinkan wanita itu bahawa kami hanya 'parking' sekejap saja tetapi wanita pemilik bengkel tetap tidak berpuashati. Tanpa kompromi, wanita itu bertegas mengalihkan kereta saya dari depan bengkelnya. Wanita pemilik bengkel ini begitu tamak dan sombong, tetapi saya terima sikapnya secara positif. Saya percaya, ada hikmah semuanya itu.


Ketika menaiki feri penumpang yang biasa saya naiki, jadual bertolak seperti selalu, terlewat untuk sekurang-kurangnya 15 minit. Sepatutnya bertolak 10.30 tetapi hanya pada jam 10.55 baru mula bertolak. Begitulah hakikat dalam hidup, kita merancang,Allah juga ada perancangannya dan perancangan Allah lah yang akan menjadi kenyataan. Kelewatan ini juga pasti ada hikmah. Saya berfikiran positif dan percaya bahawa kita perlu lebih melihat kepada aspek positif.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...