Selamat Hari Ibu.

Blog ini hanya ada satu 'follower' dan setakat hari ini bilangan pengunjungnya belum pun mencecah 1000. Tetapi saya teruskan jua menulis sesuatu disini sebagai kenangan bagi masa yang mendatang. Hari ini, saya fikir topik yang menarik adalah 'Hari Ibu'. Dari semalam saya lihat ramai orang sibuk-sibuk meraikan sambutan untuk memperingati kaum ibu kita. Sesungguhnya sambutan ini merupakan sesuatu yang positif bagi menyedarkan golongan anak agar sentiasa mengingati dan menyayangi ibu masing-maisng. Bertuah bagi sesiapa yang masih ada ibu dan saya merupakan salah seorang daripadanya. Ibu saya belum begitu tua dan saya rasa bertuah kerana saya masih berpeluang menjaga beliau. Saya rasa bertuah kerana hari ini saya meletekkan beliau dalam keadaan 'senang' kerana tidak perlu lagi melakukan apa-apa kerja seperti mana yang terpaksa beliau lakukan sewaktu kami masih kecil-kecil dahulu.


Adakah saya mengucapkan selamat hari ibu pada ibu saya? Tidak. Saya tidak pernah menzahirkannya dalam bentuk kata-kata. Saya simpan ucapan itu dalam hati saya dan saya hanya mahu menunjukkannya dalam bentuk perbuatan. Tidak guna menghadiahkan sejambak bunga, sms atau ucapan berjela-jela kalau kita sentiasa saja tiada masa untuk berbual dan melayani bicara ibu kita. Tiada guna semua itu kalau ketika hendak membawa ibu ke hospital pun anak-anak akan bersoaljawab dulu tentang siapa yang perlu membawanya kerana konon masing-masing ada urusan dan kerja yang 'urget'. Bagi saya ucapan tidak penting, hadiah juga tidak penting kerana yang lebih diperlukan oleh ibu kita adalah kita, diri kita dan perhatian kita. Jika saya lewat balik malam, ibu tidak akan tidur selagi tidak bertanyakan bilakah saya akan balik. Saya tiba-tiba teringat satu kisah yang menyedihkan tetapi tidak mahulah menceritakannya kembali, biar masa mengadili segala peristiwa yang berlaku.

Ulasan

  1. Assalamualaikum. Jikalau tuan sudi menukilkannya, saya sudi menjadi pembaca. Wassalam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...