Masa, Aku dan DIA...

Pemandangan bandar Labuan- malam 23 Februari 2011. Indah bergemerlapan dihiasan lampu-lampu yang menceriakan suasana.

Malam ini adalah malam kedua saya bermalam di bandar pulau ini. Malam kedua, duduk-duduk sambil 'melayani' konsert terbuka daripada artis-artis tempatan yang memberikan hiburan percuma kepada warga Labuan, difahamkan ini bersempena dengan sambutan Hari Wilayah pada tahun ini. Rasanya pengalaman ini sesuatu yang menyeronokkan tetapi saya tidak mahu menyimpan semua ini dalam ingatan kerana ada sesuatu yang belum berjaya saya perolehi. Jika saya gagal maka pastinya pengalaman pada malam ini bukanlah sesuatu yang instimewa untuk diingati. Biarlah masa yang menentukan.

Pulau Labuan sebenarnya banyak meninggalkan sentuhan sentimental dalam hayat hidup saya. Lebih 30 tahun dulu, ayah saya selalu berkunjung ke sini untuk menjual hasil tanaman kampung. Sekalipun pada waktu itu saya hanya mendengar ayah menyebut nama 'Labuan' tetapi mendengar cerita-cerita ayah, saya dapat gambarkan betapa indah Labuan ini. Nah, malam ini saya berada disini dan pada masa yang sudah-sudah pun saya sering kesini walaupun dalam suasana yang berbeza. Cuma apa yang pasti Labuan yang didatangi ayah saya dulu sudah tentu amat berbeza dengan Labuan yang saya datangi hari ini. Masa telah merubah banyak perkara. Kehidupan saya juga begitu. Keindahan malam ini, apa yang ada pada malam ini merupakan sesuatu yang 'indah' tetapi masa akan membuat perhitungannya. Saya hanya menanti, menanti 'masa' untuk menentukan dimanakah saya akan berada. Masa akan menentukan samaada saya perlu mengingati malam ini atau saya perlu menganggapnya tidak pernah saya 'alami'. Masa, aku dan dia.. hidup terus berjalan !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...