Menumbok Kuala Penyu Kota Kinabalu...

Dalam perjalanan dari Labuan, pada mulanya saya bercadang untuk singgah menunaikan solat di Masjid pekan Menumbok tetapi memandangkan ketika tiba di jeti Menumbok, waktu masih awal maka saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalana ke pekan Kuala Penyu. Saya mengubah perancangan untuk singgah solat di masjid pekan Kuala Penyu saja. Dalam perjalanan dari Menumbok ke pekan Kuala Penyu, saya memerhati gerai-gerai orang kampung di sepanjang tepi jalan, kalau-kalau ada dijual buah-buahan tempatan K.Penyu. Ada orang kata bahawa sekarang adalah musim buah-buahan.

Tapi nampaknya saya tidak melihat ada buah-buahan seperti tarap, cempadak, bambangan, belunu dan lain-lain, ada dijual. Apakah orang-orang kampung tidak mahu berjualan buah-buahan ini lagi. Saya terus menekan pedal minyak untuk sampai lebih cepat ke pekan Kuala Penyu. Setibanya di sana, saya lantas saja ke masjid pekan yang terlekat di atas anak bukit yang diratakan. Tapak masjid ini dulunya adalah sebuah anak bukit yang menempatkan bekas 'rumah D.O' pada zaman penjajah dulu.

Di masjid terdapat beberapa oleh ahli kumpulan Tabligh sedangkan berada di sana. Selepas selasai menunaikan solat, saya bersalaman dengan salah seorang ahli kumpulan itu. Dia mengajak saya duduk berbual seketika. Katanya dia datang dari Kelantan bersama beberapa orang rakannya yang lain. Saya mengkagumi kerja-kerja ke agaman ahli kumpulan ini. Mereka mengembara jauh semata-mata untuk melakukan kerja-kerja agama, mengajak umat Islam kembali mendekatkan diri kepada pencipta. setahu saya mereka tidak dibayar gaji atau diberi upah oleh sesiapa melainkan mereka hanya mengharapkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah swt.

Ketika melangkah keluar dari halaman masjid, tidak diduga saya terserampak dengan Siti Rofinah, bekas rakan sekelas saya di SMK Kuala Penyu pada tahun 1990 dulu. Dia baru saya dapat kesan melalui fb beberapa bulan lalu tetapi dengan izin Allah, hari ini dapat jumpa dia 'live'. Dia kelihatan tidak banyak berubah, keraktor yang serius tetapi senyumannya agak manis. Sehari kemudian, dia menghantar mesej melalui fb, menyatakan keterharuannya melihat perubahan pada diri saya. Mungkin saya yang dijumpainya hari ini agak berbeza daripad saya yang dulu, seorang pelajar yang agak kasar dan nakal yang seringkali mengundang kemarahan guru-guru. Terima kasih Siti Rofinah, sekarang namanya cikgu Siti Rofinah, serius tetapi nampak ayu dengan senyumannya.

Ketika berusing-pusing sekitar pekan, saya terlihat dua orang ahli kumpulan Tabligh yang saya jumpa di masjid tadi, sedang berjalan bersama dua orang remaja. Saya rasa saya tahu kemana mereka membawa dua orang remaja tersebut. Hati saya tersentuh dengan kesungguhan ahli kumpulan ini dalam menjalankan tugas dan amanah mereka sebagai orang Islam. Kalaulah semua orang Islam ada kemahuan berdakwah seperti mereka, mungkin negeri kita ini sifar daripada masalah jenayah dan sosial. Semoag Allah terus memberi kekuatan kepada ahli kumpulan ini.

Ketika menunggu giliran saya untuk menaiki feri menyeberangi sungai Setumpok, saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar beberapa sudut pemandangn sekitar pekan Kuala Penyu dan salah satunya tentulah gambar kedai lama Kuala Penyu. Bangunan kedai ini menyimpan nostalgia yang begitu sentimental dalam kehidupan saya. Gambar ini akan saya bawa balik ke KK untuk saya simpan bagi mengenang daerah kelahiran yang banyak merakam kenangan suka-duka hidup saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...