Perginya Seorang Negarawan.

Siang tadi meskipun cuti umum, saya tetap datang ke pejabatan untuk membereskan kerja-kerja yang tidak sempat diusai pada tahun lalu,2009. Dalam masa yang sama sempat juga membuat sentuhan penyudah untuk 'planning' kerja untuk 2010. Selesai semuanya, saya membuka 'facebook' untuk meng'update' segala berita dan maklumat daripada teman-teman dan rakan 'facebook'. Saya terpandang 'posting' yang berbunti 'Tok Mat passed away'. Saya tidak berpuashati, untuk mengesahkannya saya cuba melayari beberapa akhbar online dan ternyata berita itu benar, Yg Bhg Tan Sri Mohamed Rahmat bekas menteri penerangan Malaysia yang juga bekas setiausaha agung UMNO, meninggal dunia pagi tadi.

Bagi saya berita ini merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara. Saya mengikuti perkembangan tokoh negara ini bermula selepas beliau dilantik menjadi setiusaha UMNO selepas parti itu dipulihkan selepas peristiwa pengharaman pada tahun 1987 dulu. Saya melihat Tan Sri Mohamed Rahmat yang terkenal dengan panggilan Tok Mat,merupakan sebagai salah seorang jentera utama yang berperanan besar dalam memulihkan UMNO. Kebijaksanaan Tok Mat banyak membantu Tun Dr.Mahathir memperkasakan semula UMNO selepas parti itu diisthiarkan haram oleh mahkamah dan selepas mana parti ini mengalami perpecahan selepas itu. Tok Mat telah berperan besar dalam membina semula UMNO.

Saya masih ingat dan hafal lagu 'setia' yang selalu berkumandang di RTM. Lagu ini mengingatkan saya kepada program 'Setia Bersama Rakyat' (SEMARAK) yang lahir daripada buah fikiran Tok Mat. Program ini sangat berjaya dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN dan UMNO pemimpin Dr.Mahathir. Kalau saya tidak silap, disetiap negeri diadakan perhimpunan SEMARAK bagi memberi peluang kepada pemimpin negara berucap dan bertemu rakyat untuk memberi penjelasan berkenaan hal-hal pembangunan negara dan isu-isu politk yang perlu difahami oleh rakyat. Dengan program ini, akhirnya BN/UMNO ketika itu kembali mengungguli politik negara dan rakyat mengecapi kemakmuran pembangunan negara.

Kini Tok Mat yang banyak berjasa kepada negara telah pergi buat selama-lamanya. Apa yang tinggal untuk dikenang ialah jasa beliau terhadap anak bangsa yang ada pada hari ini. Mujurlah beliau meninggalkan Datuk Nur Jazlan mohamed, pewaris darah politik beliau yang saya lihat ada idealisme besar untuk menyambung legasi kepimpinan Tok Mat. Bagi saya Tok Mat bukan sekadar pemimpin UMNO atau bekas menteri penenarangan tetapi beliau adalah seorang 'negerawan'. Salam takziah kepada keluarga beliau dan mari kita sedekahkan 'alfatihah' buat allahyarham TanSri Muhamed Rahmat, semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt. Al fatihah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...