Wang Punya Pasal....

Lama tidak menulis, sibuk menguruskan hal dunia. Bukan bermaksud mengutamakan dunai semata-mata tetapi hari ini masa sudah terasa begitu pantas sekali berlalu. Untuk menulis sepucuk surat pun kadang-kadang mengambil masa sehari. Jam 8 pagi menulis ayat yang pertama, tidak terasa bila noktah terakhir disudahi dengan tandatangan, tengok jam sudah jam 5 petang. Waw..! begitu pantas detik waktu berlalu.

Hari ini saya ingin menulis sedikit berkenaan wang atau dikenali dengan bahasa biasa 'duit'. Kata orang tua-tua, wang ini berhantu. Tidak tahulah sama ada kalau kita simpan duit banyak-banyak bermakna banyaklah hantunya, tetapi yang nyata ungkapan ini ada maksud tertentu. Saya fikir bukanlah maksudnya bersama-sama wang itu ada hantu tetapi yang sebenarnya bersama-sama wang itu ada 'kemudaratan' jika tidak dikendalikan dengan betul. Lihat saja apabila kerana wang ada orang sanggup bermusuhan, kawan jadi lawan,musuh jadi kawan dan bermacam-macam lagi. Kerana wang juga ada dendam. Wang bisa membahagiakan tetapi dalam masa yang sama wang juga bisa membinasakan. Tetapi jika diberikan pilihan, saya lebih rela ada banyak wang daripada tiada wang.

Saya mahu berkongsi sebuah kisah berkenaan wang. Ada dua sahabat, yang pada mulanya kedua-dua ini hidup dalam kekurangan wang. Mereka akhirnya berpakat untuk memulakan perniagaan bagi mengubah nasib dan masa depan. Mereka memulakan satu perniagaan secara bersama-sama. Selepas beberapa tahun, perniagaan mereka berkembang dan bertambah maju. Tetapi ditakdirkan nasib salah seorang daripada mereka lebih baik daripada seorang lagi. Salah seorang lebih banyak untung manakala seorang lagi agak lembab. Lama kelamaan salah seorang bertambah kaya manakala seorang lagi macam tersekat.

Suatu hari sahabat yang kurang bernasib baik itu datang untuk meminta bantuan suntikan modal untuk menghidupkan semula perniagaannya. Jumlahnya tidak banyak cuma lebihkurang 20% daripada anggaran pendapat bersih bulanan sabahat yang bahagia itu. Tetapi malangnya sahabat yang bahagia tidak terbuka hatinya untuk membantu. Dia terasa begitu sayang untuk melepaskan wang kepada sahabat yang sedang tersepit walaupun sahabat itu berjanji untuk membayar dengan jumlah dua kali ganda. Berbagai alasan diberi termasuk menyatakan dia sendiri pun kesempitan wang padalah pada masa yang sama dia kelihatan bermegah-megah membeli harta, kerata mewah, melancong dan pelbagai lagi. Sahabat yang yang tersepit rasa berkecil hati dan keciwa. Akibatnya persahabatan yang dulu akrab kita terputus terbelah dua. Akhirnya kerana wang tali silaturahim hancur berderai.

Dalam masa sahabat yang bahagia merayakan segala kesenangannya bersama anak isteri yang tercinta, dia tidak lagi hiraukan sahabat-sahabat yang masih terumbang-ambing. Seorang sahabat lain dengan menasihati sahabat yang bahagia supaya membantu kawan-kawan yang susah itu, sahabat yang bahagia ini tidak lagi menunjukkan minat. Dia hanya berminat untuk memenuhi tuntutan kemewahan untuk anak-anak dan isterinya. Sahabat yang datang memberi nasihat ini juga keciwa dengan sahabat yang bahagia lantas mula menjauhkan diri kerana beranggapan sahabat itu bukan lagi teman yang perlu didekati.

Akibatnya sahabat yang bahagia terus hanyut dibuai kesenangan dan nikmat hidup.
Kerana wang, dia lupa bahawa Allah boleh menarik segala kesenangan itu dengan sekelip mata saja. Tiba-tian saya teringat bahawa Allah menguji hambanya dengan pelbagai dugaan berbentuk kesenangan atau kesusahan. Paling ramai yang tumpas ialah mereka yang diuji dengan kesenangan. Dengan kesenangan, mereka lupa diri dan terus hanyut dalam kenikmatan. Apabila mereka membuka mata, tiba-tiba semua sudah hilang ! Pada masa itu semua sudah terlewat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...