Selamat Tahun Baru Masihi 2010.

Malam ini sekali lagi ramai dikalangan sahabat saya akan sibuk-sibuk merayakan kehadiran tahun baru 2010. Ramai yang cuba menanamkan azam baru untuk tahun 2010 sekalipun azam lama 2009 belum tertunai. Saya sendiri tidak punya azam baru untuk diungkapkan melainkan hanya akan meneruskan misi hidup saya, iaitu terus berusaha memperbaiki pencapaian diri dalam segenap aspek yang mendatangkan pahala dalam kehidupan.

Ketika melawati blog YB Kulim Bandar Bahru Tuan Zulfikli Nordin, saya tertarik apabila beliau mengatakan bahawa " Kita orang Islam tak perlu sambutan tahun baru masihi ini untuk membuat 'azam. Kita sudah pun ber'azam 5 kali sehari setiap hari..inna solaati, wanusukii, wamahyaaya, wamamaati, lillah hirobbil 'alamin-sesungguhnya solatku, 'ibadahku, kehidupanku dan kematianku semata-mata untuk ALLAH Tuhan sekelian 'alam. Itulah 'azam seorang Muslim tiap hari siang dan malam."

Memang tepat apa yang dikatakan oleh YB Zul ini, betapa kita sebagai orang Islam sudah ada halatuju tersendiri, melakukan sesuatu yang terbaik semata-mata beribadah kepada Allah dan berbudi kepada sesama manusia, sentiasa melakukan sesuatu yang memberi kebaikan kepada kehidupan, menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Allah dan melakukan sesuatu yang disuruhNya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...