Seorang Pemuda Dengan Sebuah Keyakinan

Sewaktu melakukan tugasan di luar bandar semalam, saya berkesempatan berbual dengan seorang anak muda, berusia dalam 20an. Menurutnya sebelum ini dia pernah bekerja di bandaraya dengan pendapatan (gaji) hampir RM2000 sebulan. Tetapi dia mengambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk 'bekerja kampung'. Di kampungnya dia mengusaha tanah kampung ayahnya yang berkeluasan lebihkurang 15 ekar saja. Dia menanam kelapa sawit disamping buah-buahan dan sayur-sayuran. Kini kebun kelapa sawitnya telah mula mengeluarkan hasil.

Saya kagum dengan pemuda ini kerana pada masa bila rakan-rakan sebayanya sudah lama berhijrah ke bandar untuk menikmati hidup yang moden, dia kembali ke kampung untuk hidup sebagai petani. Dia kata, dikampung tiada hiburan yang menyeronokkan tetapi di kampong ada masa hadapan yang lebih baik. Dia menunjukkan kepada saya satu kawasan yang terbentang luas di depan kawasan tanahnya. Katanya kawasan ini seluas 60 ekar dan dia memberitahu saya bahawa dia sedang mengesan pemilik kawasan tanah terbiar itu kerana dia ingin membeli tanah itu untuk membesarkan ladang kelapa sawitnya. Wow..,hebat pemuda ini. Pada masa mana pemuda yang seusianya dengannya, berada dalam keadaan 'cukup-cukup' saja, dia sudah berhasarat untuk membeli tanah yang seluas 60 ekar itu. Satu lagi saya lupa bagi tau, pemuda ini sekarang sudah pun memiliki sebuah Proton Gen2 baru yang dibeli hasil daripada titik peluh kebunnya.

Pada akhir perbualan kami, pemuda ini mengatakan bahawa pada masa ini dia telah mengumpul beberapa anak muda kampung yang tercicir untuk bekerja dengannya, mengusahakan kebun dan kadangkala turun ke laut menangkap ikan. Pemuda ini memberitahu, tahun depan dia akan membeli sebuah pacuan empat roda untuk melancarkan operasinya. Dia juga memberitahu saya bahawa ada seorang petani di hujung kampung sana yang sekarang ini meraih hasil pertanian purata dalam RM25 ribu sebulan. Hebat, orang kapung yang 'tiasa sekolah' boleh memiliki pendapatan selumayan itu dan mampu memiliki pekerja sendiri seramai 30 orang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...