Sekalung Tahniah Untuk Almudin Kaida.

Tahniah


Almudin Kaida
Ketua Bahagian PBS
N6 Tempasuk

Atas Kemenangan Sebagai
Timbalan Presiden PBS.

Saya tidak banyak mengetahui berkenaan pemimpin ini. Tetapi saya sudah lama mengikuti perkembangan dan perjuangan beliau dalam PBS. Semanjak beliau belum diplih menjadi Ketua Pemuda PBS lagi sehinggalah kepada beliau dikalahkan oleh Jahid Jahim (Datuk) untuk jawatan itu, saya mengikuti kemajuan politik Almudin dalam PBS.

Menurut orang rumah saya, mereka mempunyai pertalian keluarga dengan Almudin tetapi oleh kerana beliau sentiasa sibuk dengan tugasan dan tanggunjawabnya dan saya pula jarang berada di kampung orang rumah saya maka sebenarnya saya belum berpeluang bersua dan bersalaman dengan pemimpin ini. Lagipun kampung Almudin ini di Nanamun manakala keluarga orang rumah saya di Rampayan Ulu (Raya), jadi jaraknya agak jauh juga, kena naik 'jip' (motokar) atau naik 'gubang' (perahu atau sampan) untuk sampai ke Nanamun.

Bagaimanapun perhatian saya kepada Almudin bukanlah kerana salasilah kekeluargaan itu. Tetapi sebaliknya saya mengkagumi prinsip dan ketulenan perjuangan beliau. Pada masa PBS kehilangan kuasa pada tahun 1994, ramai pemimpin utama parti keluar meninggalkan PBS, tetapi Almudin tetap setia dalam PBS. Sekalipun tanpa tawaran sebarang jawatan dalam PBS, Almudin kekal dalam PBS. Saya percaya bahawa kesetiaan Almudin kepada PBS adalaha kerana prinsip perjuangan yang dipegangnya. Kalaulah beliau berpolitik untuk mengejar pangkat dan kuasa, saya percaya sudah lama Almudin meninggalkan PBS.

Apabila Almudin ditewaskan oleh Jahid Jahim (Datuk) untuk jawatan Ketua Pemuda PBS tiga tahun lalu, saya melihatnya sebagai satu kerugian kepada PBS kerana mengorbankan seorang pemimpin muda yang setia, berkarisme dan bekerja kuat untuk parti. Tetapi kata orang,'benih yang baik kalau dicampak ke laut pun akan tumbuh jadi pulau'. Begitulah Almudin, meskipun tewas, beliau tidak melatah atau menimbulkan keranah yang menyusahkan partinya. Sebaliknya menerima kekalahan itu dengan dada yang lapang. Selepas tiga tahun, beliau telah kembali sebagai timbalan Presiden PBS. Tahniah Sdr. Almudin, semoga kesetiaan dan idelaisme perjuangan sdr terus mendapat kejayaan. Kepada PBS, semoga disediakan satu 'tempat' yang bersesuaian dengan ketokohan dan idealisme perjuangan Sdr.Almudin. Bersatu !!!

Ulasan

  1. salam perkenalan...

    saya baru sahaja habis membaca blog ini...terima kasih kepada sdra yg sudi menulis blog ini..saya hargai setiap apa yg disampai kan oleh saudara..terutama skali bila blog ini mengenai ayah saya sendiri..mungkin di dalam usia yg masih muda ini..memang bukan bidang saya untuk masuk campur dlm politik...tapi sebagai seorang anak...saya ttp menjalan kan tugas dgn menyokong ayah saya sendri...

    skian trima kasih~

    BalasPadam
  2. Sdr/sdri anonymous...

    Terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini.Tetapi sayang, anda tidak meninggalkan sebarang nama untuk saya kenali. Macam mana pun terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...