Kuala Penyu Yang Saya Impikan.

Jeti pantai Sawangan, destinasi memancing yang menarik.


Pantai Tembailik, disini banyak merakamkan kenangan zaman kanak-kanak saya. Sudah hampir 20 tahun semuanya hanya menjadi kenangan indah.

Bandar Labuan (WP Labuan) kelihatan berbalam-balam daripada Mempakul.


Bersama anak lelaki saya dalam feri menyeberangi sungai setumpok untuk balik ke KK.

Semalam sewaktu menghantar ibu saya ke jeti feri Menumbok, alang-alang sudah berjalan jauh, saya mengambil kesempatan ronda-ronda sekitar daerah K.Penyu, khasnya kampung saya dan kawasan sekeliling. Sekurang-kurang dapat juga menghidupkan kembali nostalgia zaman kanak-kanak ketika saya membesar di sini. Saya menceritakan kepada anak-anak saya betapa saya semasa kecil dulu, berjalan kaki sejauh beberapa KM melalui jalan yang kami selusuri ini untuk pergi ke sekolah dan kadangkala mengikut bapa pergi menoreh getah. Saya juga memberitahu anak sulung saya bahawa dulu, semasa kecil dulu saya pernah bercita-cita untuk memandu kereta melalui jalan ini bila besar nanti. Alhamudillah, hari ini Allah mengkabulkan cita-cita saya.

Tentang kampung saya dan sekitar K.Penyu, sekali pandang macam tiada perubahan berbanding 20 tahun dulu, suasana kekal sama. Tapi dari segi infrastuktur kehidupan, ada lah yang berubah lebih maju. Saya ternampak saluran paip air, jadi saya percaya orang kampung sudah tidak lagi mendapatkan air daripada perigi atau air perigi. Saya juga agak terkejut kerana jalan menuju ke kampung saya sudah siap diaspal. Ini sesuatu yang orang kampung patut berterima kasih pada kerajaan. K.Penyu baru saja ditabdir semula oleh wakil rakyat BN setelah lebih 4 tahun ditadbir oleh wakil rakyat BEBAS. Kalau ikut logik politik sudah tentu K.Penyu akan tersisih dari perhatian pembangunan kerajaan. Tapi nampaknya tidak, barangkali ini nikmat daripada kebijaksanaan berpolitik orang Kuala Penyu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...