Diari Insan Kerdil (I)

Replika 'penyu' di simpang tiga Kayul. Konon cerita, nama 'Kuala Penyu' diambil bersempena sebuah objek batu yang menyerupai 'penyu' yang terdapat dalam sungai di kuala sungai Setumpok, dimana terletaknya pekan Kuala Penyu. DUN Kuala Penyu terletak dalam parlimen Beaufort.

Lama saya tidak mengemaskini blog ini. Bukan kerana apa, cuma saya tercari-cari topik yang menarik untuk dikongsi bersama. Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan dan kawan yang seakidah dengan saya. Semoga bergembira dan berhati-hati ketika memandu balik kampung dan balik dari kampung.

16 September 2009, saya hadir ke majlis berbuka puasa YB Datuk seri Panglima Hj.Lajim Hj.Okin, timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort, di hotel Hyatt, Kota Kinabalu. Terima kasih kepada sahabat saya Tuan Hj.Samin (Ketua Penerangan UMNO Beaufort) selaku pengerusi penyelaras majlis, kerana menghantar sms menjemput saya ke majlis itu.

Saya hadir ke majlis ini sebagai menghormati jemputan ini dan atas tanda penghargaan dan penghormatan kepada pemimpin kami di parlimen Beaufort, DSP Hj.Lajim. Difahamkan majlis berbuka ini khas untuk para pegawai kerajaan dikalangan warga Beaufort yang sedang berada/bertugas di kawasan Kota Kinabalu. Bagaimanapun saya bukanlah seorang pegawai kerajaan, saya hanyalah seorang rakyat biasa yang kerdil dan tiada apa-apa. Apa pun saya gembira dan teruja untuk bersama-sama dalam majlis, bagi sama-sama mengaminkan doa untuk meminta keredhaan Illahi kepada segala amal ibadah yang telah dikerjakan secara bersungguh-sungguh, khas ibadah puasa Ramadhan ini.

Sebagai insan kerdil yang tidak terkenal dan tidak mengenali, setelah 18 tahun tidak bermastautin di kawasan Beaufort, saya agak tidak mengenali tetamu yang berada dalam majlis ini. Saya cuba mengamati satu dua orang hadirin yang boleh dibawa berbual, mujurlah memang sebahagian besar orang Beaufort ramah-mesra, jadi tidaklah saya kekok sangat. Ada juga sahabat-sahabat yang turut hadir, Sdr.Jasni Matlani, Sdr.Naddin Salleh dan berjumpa semula dengan bekas 'schoolmate' di SMK 'Kayul'yang sudah barangkali lebih 10 tahun tidak bertemu, sdr.Azmi Murad yang sekarang sedang bertugas sebagai pegawai Imigresen.

Berkesempatan mendengar cerita sejarah bangsa Melayu dan umat Islam di bumi Borneo daripada pengarah Arkib Negeri Sabah, Datu Tigabelas, yang kebetulan duduk satu meja dengan saya. Ternyata beliau mempunyai pengetahuan sejarah yang baik.Saya fikir tentu beliau banyak membaca dan saya mengkagumi hujah dan fakta beliau.

Ulasan

  1. salam...
    Boleh dapatkan email atau hp Hj Samin...
    Saya dulu pernah mengajar di SM Kayul bersama beliau.. terima kasih..
    Maaf tompang tanya... kita nih ada kaitan dengan Polorin Jueh?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...