H1N1 Dan Kesedaran Kita.....

Setakat posting ini ditulis, kalau tidak silap saya sudah 30 orang rakyat kita yang menjadi korban wabak H1N1. Saya kira dengan angka kematian seperti ini sudah cukup menggerunkan kita akan bahaya jangkitan wabak ini. Ketakutan ini amat menuntut keprihatinan kita semua supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mana yang disarankan oleh pihak kementerian kesihatan. Kerap membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan diri merupakan antara amalan yang mampu diusahakan untuk kita menghindarkan diri daripada serangan virus berbahaya ini.

Hari ini apabila kita berjalan kemana saja, kita dapati ramai orang yang mula memakai topeng mulut dan hidup.Tetapi dalam masa yang sama masih ramai lagi yang enggan berbuat demikian. Mungkin rimas atau panas, tetapi yang nyata masih ramai yang kurang berjaga-jaga. Memakai topeng mulut dan hidung ini adalah satu cara untuk kita mengurangkan risiko jangkitan, jadi tidak salah untuk kita mengamalkannya terutama apabila kita terpaksa berasak-asak ditempat tumpuan ramai.

Beberapa hari yang lalu saya berkunjung ke sebuah pusat kesihatan di ibunegeri. Walaupun pada ketika itu terlalu ramai pengungjung yang datang meminta rawatan, dengan pelbagai masalah kesihatan, tetapi saya sempat menyaksikan beberapa kelalaian dikalangan warga kita dalam berhadapan dengan ancaman kesihatan seperti H1N1 ini. Ketika situasi getir serangan wabak seperti ini, hospital atau pusat kesihatan adalah tempat yang sensitif. Tetapi malang, saya lihat ramai ibubapa yang datang mendapatkan rawatan dengan membawa sekali anak-anak kecil mereka yang sehat. Bukankah ini akan mendedahkan anak-anak berkenaan? bukankah lebih baik kalau anak-anak yang sehat itu berehat saja di rumah? Hanya mereka ayng perlu rawatan saja yang datang ke hospital.

Lebih malang, saya sempat menyaksikan betapa terdapat segelintir ibubapa bapa yang membiarkan anak-anak kecil mereka merayap kesana kemari dan mengutip apa saja untuk dimasukkan kedalam mulut. Mungkin terlepas pandang tetapi kecuaian ini mengundang risiko kepada kesihatan anak-anak mereka. Ada juga yang terlalai sehingga terlepas pandangan anak-anak kecil mereka dan membairkan anak-anak kecil itu menjilat-jilat kerusi dan tempat duduk. Sebagai langkah berhati-hati daripada mengalami jangkitan H1N1 ini kita disarankan supaya kerap membasuh tangan, tujuannya supaya tangan sentiasa bebas daripada kuman. Bagaimana pula halnya dengan si anak kecil yang 'menjilat-jilat' tadi? Cukup menyedihkan kelalaian seperti ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...