Bijih Benih,Tanah Kebun & Pagar

Ketika meninjau-ninjau proses perjumpaan antara guru dan ibubapa di sekolah rendah anak saya (SK.Penampang), saya dihampiri oleh seorang ibu yang begitu prihatin terhadap perkembangan 4 orang anak perempuannya. Kebetulan minggu lepas anak sulung saya baru saja dipilih sebagai tokoh pelajar cemerlang sekolah ini. Jadi si ibu ini ingin sekali berkongsi rahsia saya mendidik anak.

Saya katakan kepada si ibu ini bahawa saya tiada rahsia apa-apa. Lagipun apa yang dicapai oleh anak saya itu kecil saja berbanding dengan anak orang lain. Ada ramai lagi yang jauh lebih berjaya. Bagaimanapun saya katakan kepada si ibu ini bahawa kejayaan dan pencapaian kecil anak saya banyak berpunca daripada sikap anak itu sendiri. Keinginan untuk cemerlang menjadikan anak-anak itu mahu berusaha lebih berbanding kawan-kawan lain. Kita sebagai bapa bolehlah berperanan untuk memberikan anak-anak kita halatuju.

Si ibu kemudiannya meluahkan kebimbangannya tentang anak perempuannya yang kini sudah berada ditingkatan satu. Katanya, anak yang berwatakan pendiam dan dijaga dengan baik itu mula dihampiri oleh teman lelaki. Saya turut berkongsi kebimbangan ini dengannya.Saya katakan bahawa kanak-kanak perempuan apabila terjebak mempunyai teman lelaki@kekasih, maka itu bahaya. Selain bertentangan dengan ajaran agama Islam, sebahagian besar berlaku 'percintaan' pada alam persekolahan akan menghancurkan potensi seorang kanak-kanak itu. Tetapi saya yakinkan ibu ini bahawa selagi mana kita mengambilberat dan memberi perhatian serta kaksih sayang kepada anak-anak kita, insyaallah kita akan berupaya menyelematkan masa depan anak-anak kita.

Begitulah secebis kisah, betapa prihatinnya seorang ibu kepada nasib dan masa depan anak-anaknya. Tetapi ada juga tetap berlaku apabila tergamak seorang ibu membuang bayi yang baru dilahirkannya. Tetapi itu masih kes terpencil. Anak-anak pun apa kurang, ramai yang tergamak membuang@ mengabaikan ibu-ibu mereka yang telah tua. Disebalik kebimbangan si ibu tadi, marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar anak-anak kita akan membesar menjadi orang berguna, selamat dunia dan akhirat.

Anak-anak adalah ibarat sebiji benih. Jika biji benih yang baik itu disemai dalam tanah kebun yang subur kemudian dijaga dengan baik, ianya akan menubuhkan hasil yang baik. Sebaliknya jika biji benih yang baik itu disemai ditanah kebun yang tidak subur dan tidak pula dijaga dengan baik, apakah yang akan tumbuh nanti? Sekurang-kurang kalau pun biji benih itu kurang bermutu tetapi jika ditanam ditanah kebun yang subur dan dijaga dengan baik, ianya akan tetap berbuah juga. Begitulah hidup kita. Perkara yang paling penting ialah komitmen dan kualiti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...