Ada Apa Pada Nama ???

Ada orang berpendapat, ada apa pada nama? Mungkin pendapat itu perlu dibetulkan kerana nama memainkan peranan penting kepada kita. Kita dikenali dan mengenali dengan menggunakan nama. Bayangkan kalau kita tidak mempunyai nama, agaknya macam mana kita nak panggil seseorang ? Tentu kalut jadinya.Dalam agama Islam, kita dikehendaki menamakan anak-anak kita dengan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik. Ada nama yang sedap disebut tapi tiada maksud tertentu atau lebih teruk membawa maksud yang tidak baik. Ini dilarang dalam agama Islam kerana nama merupakan satu 'doa' atau perlembangan kepada sikap atau perwatakkan seseorang insan.

Dalam masyarakat Melayu, nama juga melambangkan legasi seseorang sehinggakan ada pepatah menyebut 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Nama adalah sesuatu yang kekal untuk dikenang walaupun jasad kita telah beratus tahun dimamah tanah.


Bercakap soal nama ini, saya nak memperkenalkan sebuah sekolah yang belum begitu dikenali lantaran namanya belum begitu dikenali. Pada tahun awal pembukaannya dikenali sebagai SK.Dimpokuan. Tetapi itu kalau sebut nama tu ramai yang tidak begitu tahu kerana tidak ramai yang tahu nama 'Dimpokuan'di daerah Penampang. Kemudian nama itu ditukar kepada SK.Penampang. Pun masih sama, masih belum dikenali disebabkan kewujudannya belum begitu lama. Nampaknya masa juga mempengaruhi populariti sesuatu masa selain daripada faktor 'kebesaran' sesuatu organisasi. Seperti kisah SK.Penampang, sebut Sk.Penampang saja masih ramai yang tanya, di mana tu? Tapi kalau cakap dekat PSPN atau dekat SRJK Yue Min, pasti ramai yang terus boleh bayangkan dimanakah letaknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...