Hanya dua puncak ini yang tinggal, tetapi pokok ara di atasnya tetap bertahan. Mengapa dua puncak ini tidak diratakan? Batu Luang tetap menyimpan cerita masa lampau. Rahsia tetap ada disebalik apa saja kejadian. Puncak ini kekal bertahan. Hempasan ombak ganas selama ribuan tahun gagal meranapkannya. Begitu juga terpaan arus zaman dan pemodenan, masih tidak berupaya melenyapkan kewujudannya. Kita biarkan ia terus bertahan sebagai monumen pergerakan zaman. Tebing ini dulu curam, menampan di depan pantai. Saya perlu merangkak untuk memanjatnya. Hari ini ianya masih tersisa, menyimpan sisa-sisa cerita rakyat yang ada di sini, sebagai kenangan dan nostalgia. Esok 31 Disember 2010, PM Datuk Najib mengumumkan cuti umum seluruh negara sebagai merayakan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, mengalahkan pasukan Indonesia dengan aggriget 4-2. Esok juga adalah hari terakhir bagi tahun masehi 2010. Bagi Sabah, esok adalah hari terakhir perkhidmatan TYT Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Hj Ah...
Ketika saya tiba di Bandar Kota Kinabalu pada akhir 1990 dulu,pantai ini hanyalah sekadar tepian pantai biasa,tanpa sebarang kemudahan untuk beriadah. Waktu itu jarang kelihatan keluarga yang datang kesini, tidak kira pada hujung minggu atau hari-hari biasa. Macam manapun kini ianya telah jauh berubah wajah, dimajukan menjadi satu kawasan riadah yang menarik untuk bersantai bersama keluarga. Inilah pantai Tanjung Lipat, terletak di teluk Likas K.Kinabalu. Dari pusat Bandar hanya mengambil masa dalam 5 minit atau dalam jarak kurang 5KM. Kawasan yang bersih dilengkapi dengan kemudahan untuk bersantai,tapak letak kereta yang mencukupi. Pemandangan yang indah mendamaikan jiwa, memberi seribu ilham. Ada yang datang membawa khemah. Suasana yang damai dan tenteram, menyeronokkan. Kanak-kanak riang bermain dan bergerak bebas. Kelihatan bangunan Menara Tun Mustapha (Bangunan Yayasan Sabah) nun di seberang sana. Di seberang...
Ini adalah gambar-gambar lama masyarakat Tatana dari Kuala Penyu, Sabah. Saya paparkan gambar ini untuk tatapan genarsi baru orang Tatana khasnya, bagi mereka sama-sama mengenang dan menghargai asal-usul dan susur galur nenek moyang orang Tatana, yang mana etnik ini hanya terdapat di daerah Kuala Penyu. Latar masa gambar-gambar ini dikatakan sekitar tahun 1950an hinggi 1960an. Terima kasih atas ehsan Cikgu Edward Hunggim kerana mengizinkan saya untuk memaparkan semula gambar ini. Permainan badminton sudah lama dimainkan oleh kana-kanak orang Tatana. Gadis-gadis sunti orang Tatana berpakaian moden. Remaja orang Tatana suatu ketika dulu. Busana orang Tatana. Kanak-kanak Tatana sedang menuntut ilmu. Dimanakah agaknya lokasi gambar ini? Pokok kelapa di belakang sana, menggamit kerinduan kepada zaman silam kita. Zaman kanak-kanak saya tidak jauh beza daripada mereka ini, anda bagaimana? 'Tumutu',satu cara memproses padi untuk dijadik...
Ulasan
Catat Ulasan