PKR Sabah Hampir Lumpuh ?
PKR Sabah hampir lumpuh,kata PM Datuk Seri Najib, seperti yang disiarkan oleh Harian Ekspres 27 November 2013,berikutan tindakan keluar parti pemimpin dari 11 Cabang PKR Sabah. Mereka yang keluar parti seperti yang dilaporkan oleh DE 27 Nov. ini terdiri daripada KC Kudat Akhmain Sabtu, KC Kota Marudu Anthony Mandiau, KC Silam Juhani Abdul Halim, KC Kalabakan Mohd.Jun, KC Kinabatangan Musapha Tambuyung, KC Semporna Lokman Ureh, KC Sepanggar Timothy Lim, KC Pensiangan Apandy Sipin dan KC Datu Sapi Aris Remegius. Turun dilaporkan keluar parti ialah timbalan Ketua Cabang K.Marudu Angki Addek, ketua penerangan Cabang K.Belud Soloh Yuna. Dikatakan juga wakil Beluran turut keluar parti tetapi tidak hadir dalam majlis pengumuman yang diadakan dihadapan Datuk Najib ini. Disebalik pengumuman dan pengistihyiran keluar parti ini, Ketua MPN PKR Sabah Datuk Lajim Okin tampil membuat ulasan dalam Harian ekspres 28 November 2013 dengan menyifatkan tindakan mereka yang dikatakan keluar parti ini s...