Tagal Bawang Bakaroh Yang Bersejarah...
Batu peringatan Tagal Bawang Bakaroh,menjadi tanda kepada projek yang julung kalinya ini di K.Penyu. YB Limus Jury ADUN Kuala Penyu, hadir merasmikan Tagal Bawang Bakaroh. Sekumpulan penduduk sekitar kawasan 'tagal' ini. Tahniah kepada penduduk kampung diatas komitmen sehingga terlancarnya program 'tagal' ini. Tagal Bawang Bakaroh (Sg.Bakaroh) yang dirasmikan oleh ADUN K.Penyu YB Limus Jury pada 26 Oktober 2013 yang lalu, dikatakan mencatat sejarah sebagai sistem tagal yang pertama di Malaysia yang dilakukan di kawasan sungai air payau iaitu kawasan sungai yang terletak di pinggir pantai. Tagal ini juga mencatat sejarah sebagai yang pertama di Kuala Penyu. Pada hari perasmian ini dikatakan sebanyak 2000 ekor benih ikan selunsung telah dilepaskan kedalam sungai Bakaroh. Apakah objektif pengujudan Tagal Bawang Bakaroh ini? Sebagai tarikan pelancong atau sebagai satu usaha memelihara ekosistem sungai dan alam sekitar ? Atau apakah sebagai satu us...