Siapa Perompak ???
Artikel lawak ini saya petik daripada posting di laman sosial. Konon kisah berlaku di sebuah negara benua. Kisahnya memang lawak tetapi dapat membuka minda dan ada unsur pengajaran serta paparan realiti baru dalam kehidupan moden ini. Anda baca dan terpulang kepada pendapat masing-masing: Konon cerita semasa rompakan di sebuah bank di negara benua, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. *Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain! Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!" *Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang dilatih untuk melakukan! Apabila perompak bank kem...