Peralihan Kepimpinan Dan Harapan Baru Untuk PBS
Bersedia menghadapi perubahan dalam kepimpinan parti apabila tiba masanya. Begitulah saranan Tan Sri Pairin selaku presiden PBS, kepada anggota dan penyokong PBS (Lihat D.E 21 Nov,2012). Sekalipun tidak menyebutkan tarikh yang khusus kepada 'apabila sampai masanya' itu, tetapi kita dapat merasakan bahawa sudah tentu masa itu sudah tidak begitu lama lagi.Menyebut faktor usia sebagai sesuatu yang mewajarkan beliau untuk memikirkan persaraan daripada arena politik, merupakan satu petanda yang jelas bahawa hasrat Tan Sri Pairin ini adalah serius. Beliau, pada 22 Sept.2012 juga dipetik sebagai berkata bahawa PRU13 ini merupakan pilihanraya yang terakhir untuk beliau bertanding menjadi wakil rakyat. Kesediaan mengundurkan diri membuka lembaran baru kepada PBS Menyifatkan PBS sebagai 'intan permata' yang perlu dijaga dengan baik, pengunduran Tan Sri pairin sudah tentu akan membuka lambaran baru kepada PBS dan proses peralihan kempimpinan merupakan satu peristiwa bes...