Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...
Ini adalah gambar-gambar lama masyarakat Tatana dari Kuala Penyu, Sabah. Saya paparkan gambar ini untuk tatapan genarsi baru orang Tatana khasnya, bagi mereka sama-sama mengenang dan menghargai asal-usul dan susur galur nenek moyang orang Tatana, yang mana etnik ini hanya terdapat di daerah Kuala Penyu. Latar masa gambar-gambar ini dikatakan sekitar tahun 1950an hinggi 1960an. Terima kasih atas ehsan Cikgu Edward Hunggim kerana mengizinkan saya untuk memaparkan semula gambar ini. Permainan badminton sudah lama dimainkan oleh kana-kanak orang Tatana. Gadis-gadis sunti orang Tatana berpakaian moden. Remaja orang Tatana suatu ketika dulu. Busana orang Tatana. Kanak-kanak Tatana sedang menuntut ilmu. Dimanakah agaknya lokasi gambar ini? Pokok kelapa di belakang sana, menggamit kerinduan kepada zaman silam kita. Zaman kanak-kanak saya tidak jauh beza daripada mereka ini, anda bagaimana? 'Tumutu',satu cara memproses padi untuk dijadik...