Air Adalah Kehidupan....
(Telaga-gambar hiasan) Jam 1.30 petang semalam, ketika saya masih dipejabat, orang rumah saya menghantar pesanan ringkas mengatakan bahawa bakalan air masih terputus. Sebenarnya pagi semalam saya keluar bekerja dengan hanya mandi menggunakan air setengah baldi. Bekalan air terputus daripada subuh lagi, jadi semua penduduk disekitar kediaman saya, berhadapan dengan masalah air sepanjang hari semalam. Bekalan hanya pulih kira-kira jam 5.30 petang. Saya teringat waktu kecil dulu, dikampung halaman yang jaraknya 120 KM dari sini. Masa itu tidak ada dalam kamus harian kami masalah terputus bakalan air. Air dapat diperolehi secara mudah dan percuma melalui air perigi di bawah bukit sana, hanya perlu menuruni anak bukit kira yang mungkin jauhnya 0.5km saja. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, saya ditemani ibu berlampukan 'pilasut' (lampu minyak tanah yang bersumbu besar ,sumbu diperbuat daripada kain buruk manakala bekas mengisi minyak daripada botol bekas minuman) untuk mandi, jam 5.30 m...