Poligami: Madu ,Racun Atau Ego Seorang Lelaki ?
Keluarga bahagia (Gambar hiasan sahaja) Pagi tadi semalam dalam perjalanan memandu ke pejabat, seronok mendengar perbincangan dalam siaran sebuah saluran radio negara kita. Topik perbualan berkisar tentang poligami. Biasalah, topik sebegini sememangnya mengundang minat ramai pendengar. Maka sibuklah juruhebahnya melayan panggilan yang bertalu-talu daripada para pendengar yang teruja untuk menyatakan pendapat dan pandangan masing-masing. Bermacam-macam hujah diutarakan. Menarik sekali, sehingga saya tidak terasa tekanan memandu mengharungi kesesakan lalulintas waktu pagi. Bagi pendengar wanita, sudah tentulah dapat kita agak apakah hujah mereka manakala bagi pendengar lelaki, ramai yang mengutarakan pendapat yang kalau pun tidak menyokong seratus-peratus poligami tetapi sekurang-kurangnya menyatakan dalil dan alasan mengapa orang lelaki Islam dibenarkan menikah sehingga empat. Bagaimanapun saya lebih tertarik dengan hujah dua orang pemanggil, seoran lelaki dan seorang wanita. Biarlah s...