Jalan-jalan Di Kuala Penyu (Siri 1)
Selamat datang ke pekan Kuala Penyu. Sebuah pekan kecil di muara sungai Setumpok, sebutir mutiara kedamaian di pesisir Laut Cina Selatan. Masjid daerah Kuala Penyu, dibina pada tahun 1980an dan terletak disebuah anak bukit ditengah-tengah pekan. Padang pekan Kuala Penyu. Padang ini menjadi tempat acara sukan diadakan seperti permainan bola sepak dan sukan sekolah. Sekitar tahun 1980an, padang pekan ini meriah dengan aktiviti perlawanan bola sepak. Buat masa ini Kuala Penyu belum memiliki stadium sukannya sendiri. Bangunan rumah kedai yang baru. Dahulunya ini adalah tapak SRJK Chung Hwa sebelum sekolah jenis kebangsaan itu berpindah ke suatu tapak yang lain. Dewan belia Kuala Penyu. Suatu ketika dulu dewan ini banyak digunakan untuk aktiviti belia di daerah Kuala Penyu. Ini adalah antara kemudahan terawal yang ada di daerah ini. Perkhidmatan perahu penambang adalah antara pengangkutan alternatif untuk menyeberangi sungai setumpok ke pekan Kuala Penyu daripada seberang Palu Palu. Biasan...